Sunday, December 22, 2013

21 Asas Keselamatan Elektrik

Jika anda bekerja dalam litar hidup, anda perlu mamatuhi beberapa disiplin asas keselamatan dari kemanlangan elektrik. Antaranya ialah;

No-1
Elakkan dari sentuhan langsung kepada pengalir hidup. seorang juruelektrik sudah tentu maklum tentang bahaya renjatan dan jika sesuatu yang buruk berlaku mungkin anda tidak mempunyai peluang kedua.

No-2
Bahaya elektrik tidak dapat dilihat. Oleh itu jangan abaikan sebarang peranti elektrik samada anda tahu ia bertenaga atau tidak.

No-3
Tanggalkan sumber tenaga (disconnect) dari sebarang alat yang akan dibaiki atau servis.

No-4
Gunakan peralatan yang bertebat sepenuhnya

No-5
Elakkan memakai hiasan logam seperti cincin, gelang, jam yang menjadi pengalir elektrik

No-6
Bila mengendalikan dalam litar hidup, pastikan tangan dalam keadaan kering, bersarung tangan penebat dan safety boot bertapak penebat.

No-7
Jika keadaan mengizinkan, gunakan sebelah tangan sahaja untuk bekerja bersama pengalir manakala tangan sebelah lagi hendaklah dijauhi dari konduktor dan dalam keadaan berjaga-jaga.

No-8
Minimakan penggunakan peralatan elektrik dalam bilik bersuhu sejuk atau kawasan yang mudah berlaku pemeluwapan. Jika perlu gunakan soket pada dinding

No-9
Jika sebarang cecair atau air tumpah pada peralatan, putuskan bekalan dengan segera dan jangan cuba membuang cecair berkenaan jika bekalan masih bersambung dengan bekalan.

No-10
Jika seseorang terkena renjatan elektrik, jangan sentuh mangsa secara terus. Putuskan sumber bekalan terdekat atau gunakan sebarang bahan penebat untuk menarik mangsa.

No-11
Jika dikesan terdapat sebarang kebocoran terhadap peralatan elektrik, sila tanggalkan dan baiki atau tukar kepada peralatan lain.

No-12
Ketika membetulkan sesuatu kerosakan elektrik, jangan berpegang kepada sumber pembumian atau punca bumi. Jika berlaku renjatan, badan akan menjadi sebahagian dari pengalir elektrik

No-13
Discas kapasitor sebelum meneruskan kerja dengannya kerana kapasitor menyimpan cas elektrik.

No-14
Jangan sentuh atau usik litar kawalan pengguna lain melainkan anda diarah untuk berbuat demikian

No-15
Labelkan semua konduktor elektrik supaya semua orang boleh membacanya dengan jelas

No-16
Jangan mengendalikan peralatan elektrik apabila anggota anda sedang basah atau berpeluh

No-17
Gunakan belakang jari untuk menyentuh sesuatu yang kita tidak pasti. Jika berlaku sesuatu, jari anda akan bertindak balas dengan cepat.

No-18
Jangan simpan sebarang cecair mudah terbakar berhampiran radas elektrik

No-19
Untuk kerja senggaraan (MSB), pastikan gunakan padlock supaya tiada sesiapa boleh mengakses tempat berkenaan secara tidak sengaja.

No-20
Jangan biarkan litar hidup tanpa pengawasan orang kompetan

No-21
Jangan memakai pakai yang longgar atau selekeh. Berkerja lah sebagai seorang juruelektrik yang berdisiplin.

No comments:

Post a Comment