Thursday, July 3, 2014

Electrical Motor Control: Q & A

Soalan lazim yang sering ditanya oleh mereka yang baru belajar mengenai kawalan motor elektrik. Oleh kerana ia lazim ditanya, maka pelajar boleh membacanya di sini dan jika ada soalan lain yang perlu dijawab, sila tulis diruangan komen atau email terus ke sydeen@gmail.com

Q1: Apakah tujuan diadakan penghidup bagi motor berkadaran 0.5hp (0.34kw) ke atas?
A: Mengikut peraturan MSIEC, setiap motor elektrik yang berkadaran 0.5hp mestilah dilengkapi dengan penghidup. Antara tujuan penggunaan penghidup ialah;

1- Mengurangkan arus permulaan pada motor seterusnya mengurangkan saiz kabel dan peranti
2- Melindungi motor dan pepasangan dari arus beban lampau
3- Motor boleh dihidupkan secara kawalan jauh
4- Motor boleh dipasang dengan lebih dari satu punatekan hidup dan henti
5- Motor tidak boleh hidup dengan sendiri apabila bekalan yang terputus kembali tersambung oleh pihak berkuasa bekalan.





Q2: Apakah jenis-jenis penghidup motor yang biasa digunakan?
A: Jenis-jenis penghidup motor elektrik ialah;

1- Penghidup Talian Terus (DOL) untuk motor induction sangkar tupai 1 & 3 fasa yang berkadaran antara 0.5 hingga 3 hp

2- Penghidup bintang delta untuk motor 3 fasa sangkar tupai yang berkadaran antara 3 hingga 8hp

3- Penghidup auto transformer untuk motor induction sangkar tupai yang lebih besar dalam voltan rendah.

4- Penghidup rotor resistance untuk semua motor jenis rintangan rotor.

5- Penghidup menggunakan inverter (soft stater) yang beroperasi secara otomatik



Q3: Geganti beban lampau dan fungsinya (over load relay)
A: Setiap penghidup motor mesti disertai dengan geganti beban lampau. Litar pendawaiannya disambung sesiri dengan punatekan henti (stop button) dan akan memutuskan litar kawalan jika ia mengesan terdapat beban lampau dalam litar.


Q4: Sesentuh (contactor) dan komponen
A: Ia juga dikenali sebagai gegelung tanpa voltan (No Volt Coil). Voltan gegelungnya 230 dan 400 volt. Terdapat 2 jenis sesentuh iaitu sesentuh utama untuk litar utama dan sesentuh tambahan untuk litar kawalan. Perbezaannya boleh dilihat kerana saiz sesentuh utama lebih besar dari sesentuh tambahan.


Q5: Pemutus litar kecil (MCB) dalam litar penghidup
A: Pemutus litar kecil (MCB) digunakan sebagai pemutus apabila berlaku beban lebih dalam litar. Ia dipasang dalam litar utama dan litar kawalan.


Q6: Fungsi punatekan (push button)
A: Punatekan (push button) berfungsi sebagai suis untuk memula dan memberhentikan motor dengan selamat. Terdapat dua jenis punat tekan iaitu start (normally open) dan stop (normally close). Kedua-duanya dikawal oleh pegas (spring)



Q7: Sambungan bintang (star) dan sambungan delta
A: Hanya terpakai kepada motor 3 fasa sahaja. Sambungan jenis delta mempunyai daya kilas yang lebih tinggi berbanding sambungan star.


Q8: Perbezaan antara kuasa kuda(hp) dan kilowatt(kw)
A: 1 horse power = 0.746 kw@746 watt = 1 minit = 1 kaki = 33,000 lbs. Kuasa ini diambil daripada seekor kuda yang boleh mengangkat beban tersebut berdasarkan kenyataan di atas.



Q9: Alatubah auto (auto transformer)
Jenis transformer yang digunakan ialah transformer auto. Transformer ini berfungsi sebagai penapis voltan yang akan diterima motor semasa permulaan dan akan menaikkannya secara berperingkat melalui timer sehingga kepada voltan penuh.


Q10: Fungsi perintang dalam penghidup
Perintang hanya digunakan dalam penghidup rintangan rotor 3 fasa. Perintang ini akan memberi rintangan kepada rotor semasa permulaan dan mengurangkannya secara berperingkat melalui timer hingga kepada rintangan sifar.


Q11: Kawalan jauh (remote)
Maksud kawalan jauh di sini ialah masih menggunakan kabel dan bukannya seperti remote tanpa wayar. Kawalan jauh akan memudahkan pengendali motor untuk mengawal motor lebih dari satu tempat dan boleh ditambah mengikut keperluan.


Q12: Fungsi pemuat (capasitor) dalam motor
Dalam motor elektrik fungsi kapasitor adalah untuk;
- Sebagai permulaan (starting) bagi motor 1 fasa
- Sebagai larian (running) bagi motor 1 fasa
- Sebagai membaiki faktor kuasa bagi motor 1 dan 3 fasa.



Q13: Penghidup jenis jogging
Penghidup jenis jogging banyak digunakan ke atas kren pengangkat di bengkel atau tempat pembinaan. Ia boleh dikawal dengan hanya menekan punat tekan (foward, reverse, left, right dan stop). Hanya sesuai untuk motor yang bersaiz kecil atau menggunakan penghidup talian terus.



Q14: Motor satu fasa
Hanya boleh melakukan kerja-kerja ringan mengikut kuasanya iaitu 5hp ke bawah. Motor ini digunakan kerana ia murah dan menggunakan bekalan 1 fasa. Semua motor 1 fasa menggunakan kapasitor untuk beroperasi.



Q15: Motor 3 fasa
Motor 3 fasa adalah pilihan selepas motor 1 fasa. Ia berkadaran antara 3hp ke atas mengikut keperluan kerja yang akan dilakukan. Motor jenis ini lebih lasak berbanding motor 1 fasa kerana ia tidak mempunyai kapasitor dan suis empar



Q16: Soft stater (inverter)
Penghidup terkini dalam pasaran ialah soft stater yang boleh digunakan kepada semua jenis motor. Penghidup ini disediakan dalam pelbagai saiz dalam kilowatt dan tidak lagi menggunakan sesentuh seperti penghidup kovensional.



Q17: Fungsi lampu penunjuk 
Lampu penunjuk adalah sebagai panduan kepada pengguna samada ia dalam keadaan standby, starting, running atau trip. Ia banyak membantu memudahkan kerja operator atau juruelektrik.



...sila komen untuk soalan seterusnya

6 comments:

  1. apakah kebaikkan dan kelemahan menggunakan penghidup Alatubah Auto

    ReplyDelete
  2. Penghidup ni digunakan pada motor induction sangkar tupai yang lebih besar dan tidak mampu dihidupkan menggunakan penghidup DOL atau star delta. Kebaikannya ialah step perubahan voltan permula hingga ke kelajuan 100% boleh diset mengikut kesesuaian

    kekurangannya, ia agak mahal berbanding penhidup lain. Harap membantu & terimakasih kerana bertanya

    ReplyDelete
  3. apakah kemungkinan berlaku jika arus dilaras rendah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada Pengubah auto hanya voltan output ke motor sahaja yang boleh dilaras dalam bentuk peratus. Arus tidak boleh dilaras pada penghidup jenis ini. Terimakasih kerana bertanya

      Delete
    2. Apakah kemungkinana berlaku jika arus dilaras rendah

      Delete
  4. Apabila motor(DOL) sudah runing dan mendapat bacaan Amp(arus).apakah yang menyebabkan dapat bacaan tersebut?adakah contactor,overload atau fius?

    ReplyDelete