Monday, October 27, 2014

INVERTER

Jika disebut dalam bahasa memberi maksud penyongsang. Agak pelik bunyinya bila istilah dari Bahasa Inggeris dimelayukan. Tapi itulah uniknya orang kita. Fungsinya umpama sebuah komputer kerana ia akan bertindak sendiri tanpa perlu dikawal oleh pengguna.

Tenaga elektrik yang dijana oleh sel solar (module) adalah dalam bentuk arus terus (DC) manakala kesemua beban yang digunakan samada untuk kegunaan domestik atau kormesil adalah dalam bentuk arus ulang alik (AU). Oleh itu alat yang digunakan untuk menukar dari DC kepada AC ialah inverter dan terdapat dalam 1 fasa juga 3 fasa. Kesemua inverter mempunyai kecekapan melebihi 90% dan pengeluar sentiasa terus mempertingkatkan kecekapannya dari masa ke semasa.

Ia merupakan komponen paling mahal dan sensitif dengan kerosakan dalam sistem pemasangan solar selain module PV itu sendiri. Setiap inverter akan dilindungi dengan Surge Protector Device (SPD) dari voltan rempuhan kilat. Inverter ini dipasang dibahagian AC dan DC. Inverter mempunyai 4 fungsi utama secara automatik ialtu:

1- Menyongsangkan arus dari AC kepada DC atau sebaliknya

2- Mengesan kuasa maksimun

3- Pemutusan dan penyambungan ke grid

4- Intergrasi





Sunday, October 26, 2014

SOLAR MODUL (Photo Voltaic) PV

Biasanya ramai orang sebut solar panel sebab ia telah siap sedia untuk dipasang. Bagaimana ia dihasilkan? Bahan utama untuk menghasilkan module PV ialah pasir silika dan karbon dalam formula tertentu dan dileburkan dalam ketuhar dengan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Dalam proses ini silikon akan terpisah dari pasir silika untuk menghasilkan Ingot. Ia umpama meleburkan besi di Perwaja Steel dengan menggunakan elektrod dengan suhu antara 1900 hingga 2100 darjah selsius. 10 hingga 30 MW tenaga elektrik digunakan untuk menjalankan proses ini.

Beberapa proses dilalui untuk menghasilkan module PV yang berkualiti tinggi.

Silikon ini akan melalui beberapa proses hingga tahap keasliannya mencapai 99.9999%

Saturday, October 25, 2014

TENAGA SURIA (Solar Energy)

Pencemaran Karbon Dioksida
Dunia semakin maju maka dunia juga semakin tercemar teruk oleh pelbagai pencemaran dari aktiviti manusia seperti pembangunan dan industri. Salah satunya ialah industri tenaga elektrik yang dijana secara kovensional dari sumber fosil dan pembinaan empangan yang bersaiz mega. Semua ini menghasilkan pencemaran yang bukan sedikit kepada alam sekitar.

Sejak tahun 1990 saintis mendapati pemanasan iklim dunia telah meningkat dengan cepat. Perubahan ini sepatutnya berlaku dalam masa 10,000 tahun tapi telah berlaku dalam masa 100 tahun sahaja. Jika gaya hidup sekarang diteruskan, menjelang tahun 2099 bongkah ais di Greenland dan antartika akan mencair dan paras air laut akan meningkat setinggi 7 meter. Keadaan ini akan membuatkan banyak kawasan rendah di dunia akan lenyap menjadi laut sedangkan jumlah manusia semakin bertambah.

Pada tahun 1988  Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan dan hasil kajian mendapati 98% pemanasan global adalah dari pelepasan karbon dioksida dari aktiviti pembakaran fosil secara berlebihan. Negara-negara besar seperti China, India dan Amerika adalah penyumbang utama pencemaran ini. Jika tidak dibendung dari awal tidak mustahil planet bumi akan menjadi seperti planet Marikh yang bersuhu 400 darjah selsius dan 90% atmosferanya adalah karbon dioksida.

Tenaga suria adalah pilihan terbaik kerana ia bersih, cekap dan bekalannya tidak akan putus selagi matahari masih wujud di alam ini.

Perbandingan penggunaan antara sumber tenaga lain di dunia dimana tenaga suria boleh digunakan secara bersih dan cekap tanpa putus-putus selagi adanya matahari. Sumber: Global energy potential perez 2009
Sejarah Tenaga Suria
Ia bermula sejak tahun 1897 iaitu seorang jurutera juga perintis dari Amerika iaitu Frank Shuman yang menggunakan tenaga suria untuk memanaskan air untuk kegunaan sebuah enjin wap. Pada tahun 1908 beliau menubuhkan sebuah syarikat Sun Power Company bersama seorang rakan untuk membina sebuah enjin wap berkuasa solar. Beliau menggunakan cermin untuk mengumpulkan cahaya matahari untuk memanaskan air dan berjaya menghasilkannya pada tahun 1912.


Wednesday, October 8, 2014

Sambungan Bintang dan Delta

A- Beban tiga fasa boleh disambung secara Bintang yang mempunyai empat (4) pengalir.

B- Beban tiga fasa boleh disambung secara Delta yang mempunyai tiga (3) dawai hidup.

C- Dalam sambungan Bintang ; Arus talian(IL) = Arus fasa Voltan talian(IP)  = 3 Voltan fasa

D- Dalam sambungan Delta; Arus talian(IL) = 3 Arus fasa Voltan talian = Voltan fasa

E- Mengirakan nilai kuasa di dalam sistem 3 fasa

D- Contoh pengiraan yang melibatkan sambungan Bintang dan Delta.



...bersambung