Wednesday, December 30, 2015

Menambah subtitle video di youtube

Umumnya tidak asing lagi dengan youtube. Satu tempat terkumpulnya jutaan video yang boleh ditonton secara percuma. Masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris ialah tidak faham apa yang diperkatakan.

Jika diperhatikan bila video berkenaan memaparkan simbol CC maka terdapat auto generate translater [ada video berkenaan. Maka kita boleh memilih bahasa yang difahami. Biasanya translater ini hanya terdapat pada video berbentuk dokumentari dan tidak pada video filem.

Lambang CC yang terdapat pada bahagian bawah, kanan video youtube


Hanya subtitle dari English > Malay atau Indonesia sahaja yang sesuai ditukar

Tuesday, August 25, 2015

Sejarah GoldSmith



Pada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).

Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.

Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.

Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.

Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.

Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya. Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).

Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.

Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, Ia hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya. Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.

Monday, July 20, 2015

Menjana tenaga elektrik melalui saluran paip air

Jika dirujuk data dari Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air rakyat Malaysia adalah pengguna air paling banyak di Asia. Kenapa kita tidak gunakan sumber ini ke tahap maksimun?
Keratan akhbar

Sunday, July 12, 2015

5- Nabi Saleh a.s (180 tahun)

Pict credit by britannica.com

Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian lelaki dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi- lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)

Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Dakwah Nabi Saleh cukup menggoncangkan masyarakat. Nabi Saleh terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah SWT mengutusnya dan memberikan wahyu padanya untuk berdakwah kepada mereka. Kaum Nabi Saleh berkata:

"Hai Saleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? Dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang mengelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami. " (QS. Hud: 62)

Renungkanlah bagaimana pandangan orang-orang kafir dari kaum Nabi Saleh: "Sesungguhnya engkau sangat kami harapkan kerana keluasan ilmumu, kematangan akalmu, kejujuranmu dan kebaikanmu. Kemudian hilanglah harapan kami terhadapmu. Apakah engkau akan melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami. Alangkah celakanya! Kami tidak berharap engkau mencela tuhan-tuhan kami yang kami mendapati orang tua-orang tua kami menyembahnya."



Sunday, July 5, 2015

Kipas siling remote tidak berpusing



Ramai orang bertanye pasal kipas remote sejak tempohari post pasal tukar kapasitor kipas..ambe share skit lah..
>> Masalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.

Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.
Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.
Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencoba
Kredit: TKO.
lain-lain info tentang kipas siling boleh rujuk DI SINI

Tuesday, May 5, 2015

Ujian Rintangan Elektrod Bumi

PENGENALAN
Mengikut peraturan pepasangan elektrik, setiap pepasangan baru perlu diuji bagi mempastikan ia selamat dan boleh digunakan tanpa bahaya kepada pengguna, harta benda dan orang lain. Antara ujian yang perlu dibuat ialah ujian rintangan elektrod bumi.

Ujian ini dibuat untuk mengukur galangan antara bumi dan elektrod yang ditanam. Galangan yang serendah mungkin (0) adalah paling baik manakala yang tertinggi mengikut nilai kepekaan pemutus litar yang digunakan.

Sebagai contoh:
RCD 40A, dengan kepekaan 100mA digunakan dalam sesuatu pepasangan.

I x Zs < 50 volt

I ialah sensitiviti RCD iaitu 10mA, 30 mA, 100mA dan 300mA

Nilai kepekaan RCD bagi rumah kediaman biasa ialah 100mA maka

Zs = 50v/0.1A (100mA)
     = 500 Ohm adalah nilai maksima untuk galangan elektrod bumi yang membolehkan RCD terpelantik.

Nilai yang paling baik ialah yang paling rendah iaitu 0 ohm

TUJUAN

ALAT UJI

TATACARA

KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN


...bersambung

Friday, January 30, 2015

4- Nabi Hud a.s (464 tahun)

Kaum Hud dihancurkan oleh Allah dengan menghantar taufan selama 7 hari 8 malam tanpa henti
kerana engkar dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Hud.

Gambar sekadar hiasan dari precast_org

"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.


Thursday, January 29, 2015

3- Nabi Nuh a.s (950 tahun)

Pada 26 April 2010,sekumpulan pengkaji dari China dan Turki yang bergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui kapal @ Bahtera Nabi Nuh di Turki. Mereka telah berjaya mengenalpasti sisa-sisa perahu Nabi Nuh berada pada ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Di sinilah iblis memanfaatkan kesempatan, dan ia membisikkan kepada manusia bahawa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya sehingga akhirnya manusia menyembah berhala-berhala itu. Kami tidak mengetahui sumber yang terpecaya berkenaan dengan bagaimana bentuk kehidupan ketika penyembahan terhadap berhala dimulai di bumi, namun kami mengetahui hukum umum yang tidak pernah berubah ketika manusia mulai cenderung kepada syirik. Dalam situasi seperti itu, kejahatan akan memenuhi bumi dan akal manusia akan kalah, serta akan meningkatnya kelaliman dan banyaknya orang-orang yang teraniaya. 

Wednesday, January 28, 2015

2- Nabi Idris a.s (865 tahun)

Carta sasilah keturunan dari Nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad s.a.w


Allah s.w.t berfirman:

"Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)

Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.

Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.

Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.

Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Tuesday, January 27, 2015

1- Nabi Adam a.s(1000 tahun)

Nabi Adam memiliki tinggi 60 Hasta” (Hadits Bukhari Vol.IV No.543)… Dimana 60 Hasta = 90 Kaki = 30 Meter

Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."