Wednesday, December 30, 2015

Menambah subtitle video di youtube

Umumnya tidak asing lagi dengan youtube. Satu tempat terkumpulnya jutaan video yang boleh ditonton secara percuma. Masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris ialah tidak faham apa yang diperkatakan.

Jika diperhatikan bila video berkenaan memaparkan simbol CC maka terdapat auto generate translater [ada video berkenaan. Maka kita boleh memilih bahasa yang difahami. Biasanya translater ini hanya terdapat pada video berbentuk dokumentari dan tidak pada video filem.

Lambang CC yang terdapat pada bahagian bawah, kanan video youtube


Hanya subtitle dari English > Malay atau Indonesia sahaja yang sesuai ditukar



Selain bahasa, anda boleh memilih berbagai bahasa lain lagi mengikut kefahaman masing-masing

DOWNLOAD VIDEO BERSAMA SUBTITLE
Ada ketikanya kita memerlukan video berkenaan untuk membantu dalam pengajaran atau seminar bersama subtitle yang sesuai. Boleh ikuti langkah di bawah:

1- Pilih video yang dikehendaki. Pastikan bahagian bawah video berkenaan mempunyai lambang CC. Lambang tersebut menunjukkan video berkenaan mempunyai auto tranlater. Dan pastikan juga dalam bahasa inggeris.

2- Buat TAB baru dan pergi KE SINI untuk download subtitle berkenaan mengikut bahasa yang dikehendaki. Copy URL video berkenaan dan PASTE ke ruang yang disediakan dan tekan DOWNLOAD. Subtitle berkenaan dalam format srt dan boleh diubahsuai dalam notepad.


Copy URL video berkenaan untuk tujuan download subtitle dan juga video

Site yang digunakan untuk download subtitle dalam pelbagai bahasa


3- Seterusnya download video berkenaan mengikut cara masing-masing. Jika tidak ada, anda boleh juga  pergi KE SINI dan paste URL video untuk download.

4- Bila selesai download, subtitle dan video berkenaan hendaklah diletakkan dalam satu folder dan pastikan nama failnya sama. Setelah selesai, boleh mainkan video berkenaan menggunakan VLC player.
Pastikan nama kedua-dua fail ini sama dengan format berbeza

Video ini menggunakan player VLC > Percuma

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment