Thursday, December 11, 2014

BATERI

Antara bateri sel kering yang biasa terdapat di pasaran
Gambar: indium.com

Bateri adalah satu komponen sangat penting dalam membekalkan tenaga elektrik mudah alih selaras dengan keperluan perkembangan teknologi terkini. Tanpa bateri segala aktiviti hanya terhad di satu tempat saja. Syarikat pengeluar bateri dunia berlumba-lumba mengeluarkan produk mereka untuk keperluan ini manakala pihak pengguna mempunyai banyak pilihan untuk kegunaan mereka. Semestinya bateri berjenama adalah lebih baik kualitinya. Semua bateri membekalkan voltan arus terus(DC) dan jika pengguna mahukan bekalan arus ulang alik, pelbagai pilihan converter ada di pasaran.

Bateri terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis kering(sel kering) dan cecair(sel basah). Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri mengikut kegunaan. Ia juga dibuat dari pelbagai saiz, bentuk dan voltan mengikut permintaan. Bateri juga dibuat untuk pakai buang dan boleh dicas semula.
Keratan rentas sebuah bateri sel kering
Gambar: rupert.id.au


Sel Kering.
Bateri jenis kering biasanya mepunyai voltan arus terus yang rendah(maksimum 24 volt) Bagi mereka yang memilih jenis kering, mereka mempunyai alasan sendiri. Antara peralatan mudah alih yang menggunakan sel kering ialah telefon mudah alih, lampu picit dan banyak lagi.

Antara kelebihan bateri sel kering ialah:
Ringan, kecil dan boleh direka bentuk kerana bahan aktifnya padat. Mudah untuk dibawa kemana sahaja tanpa masalah tumpahan cecair dan hanya memerlukan ruangan yang kecil. Peralatan telefon mudah alih mempunyai bateri yang direka khas mengikut bentuk telefon itu sendiri.

Kelemahan bateri sel kering
Oleh kerana sel kering bersaiz kecil, maka kuasa yang dibekalkan adalah kecil. Untuk pengguna telefon mudah alih, ia hanya boleh membekalkan kuasa hanya 48 jam dan jika menggunakan internet penggunaan kuasanya semakin banyak. Ia perlu dicas semula.

Bateri sel kering tidak boleh dicas sewenangnya kerana ia akan memendekkan jangka hayat bateri itu sendiri. Kebanyakkan bateri sel kering boleh cas semula (rechargeable) apabila kuasa yang ada telah habis digunakan(discharge).