Thursday, December 11, 2014

BATERI

Antara bateri sel kering yang biasa terdapat di pasaran
Gambar: indium.com

Bateri adalah satu komponen sangat penting dalam membekalkan tenaga elektrik mudah alih selaras dengan keperluan perkembangan teknologi terkini. Tanpa bateri segala aktiviti hanya terhad di satu tempat saja. Syarikat pengeluar bateri dunia berlumba-lumba mengeluarkan produk mereka untuk keperluan ini manakala pihak pengguna mempunyai banyak pilihan untuk kegunaan mereka. Semestinya bateri berjenama adalah lebih baik kualitinya. Semua bateri membekalkan voltan arus terus(DC) dan jika pengguna mahukan bekalan arus ulang alik, pelbagai pilihan converter ada di pasaran.

Bateri terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis kering(sel kering) dan cecair(sel basah). Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri mengikut kegunaan. Ia juga dibuat dari pelbagai saiz, bentuk dan voltan mengikut permintaan. Bateri juga dibuat untuk pakai buang dan boleh dicas semula.
Keratan rentas sebuah bateri sel kering
Gambar: rupert.id.au


Sel Kering.
Bateri jenis kering biasanya mepunyai voltan arus terus yang rendah(maksimum 24 volt) Bagi mereka yang memilih jenis kering, mereka mempunyai alasan sendiri. Antara peralatan mudah alih yang menggunakan sel kering ialah telefon mudah alih, lampu picit dan banyak lagi.

Antara kelebihan bateri sel kering ialah:
Ringan, kecil dan boleh direka bentuk kerana bahan aktifnya padat. Mudah untuk dibawa kemana sahaja tanpa masalah tumpahan cecair dan hanya memerlukan ruangan yang kecil. Peralatan telefon mudah alih mempunyai bateri yang direka khas mengikut bentuk telefon itu sendiri.

Kelemahan bateri sel kering
Oleh kerana sel kering bersaiz kecil, maka kuasa yang dibekalkan adalah kecil. Untuk pengguna telefon mudah alih, ia hanya boleh membekalkan kuasa hanya 48 jam dan jika menggunakan internet penggunaan kuasanya semakin banyak. Ia perlu dicas semula.

Bateri sel kering tidak boleh dicas sewenangnya kerana ia akan memendekkan jangka hayat bateri itu sendiri. Kebanyakkan bateri sel kering boleh cas semula (rechargeable) apabila kuasa yang ada telah habis digunakan(discharge).







Tuesday, November 18, 2014

Monday, October 27, 2014

INVERTER

Jika disebut dalam bahasa memberi maksud penyongsang. Agak pelik bunyinya bila istilah dari Bahasa Inggeris dimelayukan. Tapi itulah uniknya orang kita. Fungsinya umpama sebuah komputer kerana ia akan bertindak sendiri tanpa perlu dikawal oleh pengguna.

Tenaga elektrik yang dijana oleh sel solar (module) adalah dalam bentuk arus terus (DC) manakala kesemua beban yang digunakan samada untuk kegunaan domestik atau kormesil adalah dalam bentuk arus ulang alik (AU). Oleh itu alat yang digunakan untuk menukar dari DC kepada AC ialah inverter dan terdapat dalam 1 fasa juga 3 fasa. Kesemua inverter mempunyai kecekapan melebihi 90% dan pengeluar sentiasa terus mempertingkatkan kecekapannya dari masa ke semasa.

Ia merupakan komponen paling mahal dan sensitif dengan kerosakan dalam sistem pemasangan solar selain module PV itu sendiri. Setiap inverter akan dilindungi dengan Surge Protector Device (SPD) dari voltan rempuhan kilat. Inverter ini dipasang dibahagian AC dan DC. Inverter mempunyai 4 fungsi utama secara automatik ialtu:

1- Menyongsangkan arus dari AC kepada DC atau sebaliknya

2- Mengesan kuasa maksimun

3- Pemutusan dan penyambungan ke grid

4- Intergrasi





Sunday, October 26, 2014

SOLAR MODUL (Photo Voltaic) PV

Biasanya ramai orang sebut solar panel sebab ia telah siap sedia untuk dipasang. Bagaimana ia dihasilkan? Bahan utama untuk menghasilkan module PV ialah pasir silika dan karbon dalam formula tertentu dan dileburkan dalam ketuhar dengan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Dalam proses ini silikon akan terpisah dari pasir silika untuk menghasilkan Ingot. Ia umpama meleburkan besi di Perwaja Steel dengan menggunakan elektrod dengan suhu antara 1900 hingga 2100 darjah selsius. 10 hingga 30 MW tenaga elektrik digunakan untuk menjalankan proses ini.

Beberapa proses dilalui untuk menghasilkan module PV yang berkualiti tinggi.

Silikon ini akan melalui beberapa proses hingga tahap keasliannya mencapai 99.9999%

Saturday, October 25, 2014

TENAGA SURIA (Solar Energy)

Pencemaran Karbon Dioksida
Dunia semakin maju maka dunia juga semakin tercemar teruk oleh pelbagai pencemaran dari aktiviti manusia seperti pembangunan dan industri. Salah satunya ialah industri tenaga elektrik yang dijana secara kovensional dari sumber fosil dan pembinaan empangan yang bersaiz mega. Semua ini menghasilkan pencemaran yang bukan sedikit kepada alam sekitar.

Sejak tahun 1990 saintis mendapati pemanasan iklim dunia telah meningkat dengan cepat. Perubahan ini sepatutnya berlaku dalam masa 10,000 tahun tapi telah berlaku dalam masa 100 tahun sahaja. Jika gaya hidup sekarang diteruskan, menjelang tahun 2099 bongkah ais di Greenland dan antartika akan mencair dan paras air laut akan meningkat setinggi 7 meter. Keadaan ini akan membuatkan banyak kawasan rendah di dunia akan lenyap menjadi laut sedangkan jumlah manusia semakin bertambah.

Pada tahun 1988  Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan dan hasil kajian mendapati 98% pemanasan global adalah dari pelepasan karbon dioksida dari aktiviti pembakaran fosil secara berlebihan. Negara-negara besar seperti China, India dan Amerika adalah penyumbang utama pencemaran ini. Jika tidak dibendung dari awal tidak mustahil planet bumi akan menjadi seperti planet Marikh yang bersuhu 400 darjah selsius dan 90% atmosferanya adalah karbon dioksida.

Tenaga suria adalah pilihan terbaik kerana ia bersih, cekap dan bekalannya tidak akan putus selagi matahari masih wujud di alam ini.

Perbandingan penggunaan antara sumber tenaga lain di dunia dimana tenaga suria boleh digunakan secara bersih dan cekap tanpa putus-putus selagi adanya matahari. Sumber: Global energy potential perez 2009
Sejarah Tenaga Suria
Ia bermula sejak tahun 1897 iaitu seorang jurutera juga perintis dari Amerika iaitu Frank Shuman yang menggunakan tenaga suria untuk memanaskan air untuk kegunaan sebuah enjin wap. Pada tahun 1908 beliau menubuhkan sebuah syarikat Sun Power Company bersama seorang rakan untuk membina sebuah enjin wap berkuasa solar. Beliau menggunakan cermin untuk mengumpulkan cahaya matahari untuk memanaskan air dan berjaya menghasilkannya pada tahun 1912.


Wednesday, October 8, 2014

Sambungan Bintang dan Delta

A- Beban tiga fasa boleh disambung secara Bintang yang mempunyai empat (4) pengalir.

B- Beban tiga fasa boleh disambung secara Delta yang mempunyai tiga (3) dawai hidup.

C- Dalam sambungan Bintang ; Arus talian(IL) = Arus fasa Voltan talian(IP)  = 3 Voltan fasa

D- Dalam sambungan Delta; Arus talian(IL) = 3 Arus fasa Voltan talian = Voltan fasa

E- Mengirakan nilai kuasa di dalam sistem 3 fasa

D- Contoh pengiraan yang melibatkan sambungan Bintang dan Delta.



...bersambung

Tuesday, July 22, 2014

Tugasan(assignment)

TUGASAN 1

Anda dikehendaki menyemak semula pendawaian rumah masing-masing ketika pulang bercuti sempena hari raya aidilfitri nanti. Apa yang perlu lakukan untuk tugasan ini ialah;

1-             Muka depan
2-             Isi kandungan
3-             Lukis pelan kedudukan rumah serta alamat lengkap
4-             Lukis pelan lantai rumah untuk pendawaian termasuk 2 tingkat (jika ada)
5-             Lukis rajah litar skematik pendawaian sedia ada termasuk sub agihan (jika ada)
6-             Buat pengiraan faktor kepelbagaian mengikut jadual rumah kediaman
7-             Ujian-ujian yang perlu dibuat pada pepasangan dan keputusan ujian
8-             Taarif penggunaan tenaga elektrik harian. Bancian selama 3 hari (72 jam)
9-             Mencadangkan beberapa kaedah penjimatan tenaga elektrik
10-          Penutup.



Arahan;
Tugasan ini hendaklah ditaip dan di binding (tape atau ring)
Sila sertakan gambar atau lukisan yang berkaitan
Tarikh akhir hantar tugasan ini ialah pada Khamis 4 September 2014.


Nota:

Tugasan ini juga boleh didapati di kakilapan.blogspot.com

_____________________________________________________________________________________


TUGASAN 2

Pemilik sebuah rumah banglo dua tingkat memerlukan pendawaian 3 fasa, 400 volt, 50hz dan faktor kuasa 0.85 di rumah barunya. Anda sebagai seorang kontraktor berdaftar telah dilantik untuk membuat pendawaian tersebut hingga bekalan diberi.

Antara tugasan anda ialah:
1- Melukis pelan lantai rumah (tingkat atas dan bawah)
2- Mencadangkan beban-beban yang akan dipasang pada rumah tersebut
3- Membuat susun atur beban di rumah tersebut
4- Membuat anggaran kos keseluruhan pendawaian
5- Membuat penyediaan bahan pendawaian
6- Membuat pengiraan arus anggaran dan arus maksima
7- Melukis rajah litar skematik di tingkat atas dan bawah
8- Menyediakan laporan ujian-ujian yang telah dibuat
9- Menyediakan borang permohonan baru kemasukan bekalan(TNB)
10- Kesimpulan

Arahan;
Tugasan ini hendaklah ditaip dan di binding (tape atau ring)
Sila sertakan gambar atau lukisan yang berkaitan
Tarikh akhir hantar tugasan ini ialah pada Rabu 1 April 2015.

Nota:
Borang permohonan bekalan TNB dan plan asal rumah boleh dimuat turun di blog di bawah. Tugasan ini juga boleh didapati di

Borang TNB

Plan asal Rumah

http://kakilapan.blogspot.com/2014/07/tugasan-1.html

___________________________________________________________________________________

TUGASAN 3



Friday, July 11, 2014

Pengujian (testing)

Dalam kerja-kerja elektrik, bab pengujian amat penting kerana ia melibatkan keselamatan kepada pepasangan, nyawa dan harta benda. Setiap kali selepas kerja-kerja pemasangan atau baik pulih dibuat dan sebelum bekalan diberi, pengujian perlu dilakukan.

Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk mempastikan pemasangan tersebut betul-betul selamat dikendalikan oleh pengguna, tahan dari kerosakkan (tahap dan tempoh tertentu).

Secara keseluruhannya, antara pengujian yang perlu dilakukan ialah;
a- Ujian rintangan penebatan (insulation test)

...bersambung

Thursday, July 3, 2014

Electrical Motor Control: Q & A

Soalan lazim yang sering ditanya oleh mereka yang baru belajar mengenai kawalan motor elektrik. Oleh kerana ia lazim ditanya, maka pelajar boleh membacanya di sini dan jika ada soalan lain yang perlu dijawab, sila tulis diruangan komen atau email terus ke sydeen@gmail.com

Q1: Apakah tujuan diadakan penghidup bagi motor berkadaran 0.5hp (0.34kw) ke atas?
A: Mengikut peraturan MSIEC, setiap motor elektrik yang berkadaran 0.5hp mestilah dilengkapi dengan penghidup. Antara tujuan penggunaan penghidup ialah;

1- Mengurangkan arus permulaan pada motor seterusnya mengurangkan saiz kabel dan peranti
2- Melindungi motor dan pepasangan dari arus beban lampau
3- Motor boleh dihidupkan secara kawalan jauh
4- Motor boleh dipasang dengan lebih dari satu punatekan hidup dan henti
5- Motor tidak boleh hidup dengan sendiri apabila bekalan yang terputus kembali tersambung oleh pihak berkuasa bekalan.


Tuesday, July 1, 2014

Pepasangan industri vs Pepasangan domestik

Dalam posting ni, pepasangan adalah merujuk kepada sistem pendawaian elektrik di Malaysia. Bagi mereka yang baru mengenali pepasangan elektrik akan mudah keliru untuk membezakan antara dua istilah ini. paling senang ikut buku atau nota yang dibekalkan. Otak pun terus jadi skema sebab terlalu mengharapkan buku untuk dapatkan maklumat.

Istilah ini dicipta untuk memudahkan pelajar membuat perbezaan antara pepasangan industri dan domestik. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Makin kusut. Bila menjawab soalan peperiksaan pun masih lagi tertakluk kepada hafalan nota dari buku. 

Untuk memudahkan kefahaman dan membezakan kedua jenis pendawaian berkenaan adalah seperti berikut, 

Pendawaian Industri
Tidak kira samada pendawaian tersebut dibuat secara pendawaian permukaan (klip terus) atau menggunakan kondiut dan trunking tetapi BUKAN untuk tujuan peribadi adalah dikategorikan sebagai pendawaian industri. Pendawaian tersebut juga adalah besar seperti bangunan kilang, bangunan kerajaan atau untuk kegunaan umum.

Banyak jenis kabel dengan standard antarabangsa boleh rujuk DI SINI dan Universal Cable DI SINI
Kabel yang digunakan dalam pepasangan industri
atau kormesil amat berbeza dengan kabel untuk
pemasangan rumah kediaman.

Ciri-ciri jelas pendawaian industri adalah seperti berikut;
> Ciri-ciri keselamatanya diambil berat dan tertakluk kepada peraturan standard
> Terdapat individu yang berkelayakan (kekompetenan) yang menjaga pepasangan tersebut
> Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) samada sebagai pepasangan persendirian atau kormesil
> Diselia secara terus oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST)
> Kos pepasangan adalah amat mahal hingga boleh mencapai jutaan ringgit
> Peralatan dan bahan khas digunakan bergantung kepada permintaan pelanggan dan situasi tempat. Kebanyakkan alatan dan bahan ini adalah diimport dari luar negara.






Monday, April 21, 2014

Honda Civic ECU Code Error (1992-2000)

Kali posting berkaitan dengan kereta plak tapi masih lagi dalam bab elektrik (elektronik) iaitu cara nak mencari code error pada kerana Honda Civic dari tahun 1992 hingga 2000.

Langkah 1
Pergi kepada ECU iaitu sebelah kiri (penumpang) dan ada cover di sebelah dinding bawah. Selak karpet dan anda akan nampak ECU dalam bentuk 4 segi. Pergi dekat lagi dan anda akan nampak 2 soket (plug) warna kelabu dan ada dua kabel yang keluar dari soket tersebut. Satu warna hitam jalur putih manakala satu lagi merah jalur hitam. Pilih yang 2 pin sebab yang 3 pin tu adalah untuk scanner (alat berkomputer)

Sambungkan (bypass) kedua-dua kabel tersebut dengan pin, klip kertas atau kabel pendek. On kan kunci (jangan start) dan lampu dan perhatikan lampu check engine (warna kuning) berkelip. 

Cth: Cara membaca code ini ialah mengira bilangan kelipan lampu 'check engine'. Contohnya berkelip 4 kali, berhenti, dan berkelip 3 kali dengan frekuensi yang lebih cepat, ini bermakna code 43.

Lepas tu rujuk table di bawah:

Wednesday, January 15, 2014

IEE16: KAWALAN KEPADA PEMASANGAN DAN PERLINDUNGAN


Setiap pemasangan elektrik hendaklah mempunyai 3 kawalan utama iaitu:
1- Pengsuisan. Untuk mengasing dan menyambungkan litar elektrik dengan selamat

2- Perlindungan dari arus bocor

3- Perlindungan dari arus litar pintas

Suis mestilah mampu untuk menyambung dan memutuskan litar dengan selamat dan tidak boleh berfungsi sebagai alat selain suis seperti dua jenis perlindungan di atas. Setiap suis mestilah ditanda dengan perkataan BUKA bagi OFF manakala TUTUP bagi ON atau nombor 1 bagi ON dan 0 bagi off atau mana-mana yang sesuai. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali:
a- Sebagai suis utama bagi pemasangan fasa tunggal
b- Alat pemanas dimana elemennya boleh disentuh seperti pemanas air
c- Alatubah auto lampu nyahcas.

Pengalir neutral juga boleh diputuskan bila sesuatu ujian berkala dibuat tetapi cara pemutusan dan sambungannya mestilah mengikut peraturan dan sempurna. Pengalir pelindung tidak boleh diputuskan (disuiskan) kecuali atas sesuatu sebab yang tidak boleh dielakkan. Setiap beban mestilah mempunyai suis yang boleh dikawal dengan selamat dan ditanda supaya ia boleh dilihat dengan jelas.

SUIS KECEMASAN
Suis ini hendaklah yang boleh digunakan secara pantas dan tahan lasak bagi memutuskan sesuatu litar elektrik. Dalam litar kawalan motor, suis ini hendaklah berada berdekatan dengan motor (2 meter), mudah dilihat dan mudah dicapai.
Untuk mengelakkan suis berkenaan akan tertutup secara tidak sengaja semasa kecemasan, satu cara mekanikal hendaklah direka supaya ia tidak gagal berfungsi dengan sempurna seperti sepatutnya. Suis ini tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau mengambil mudah jika ianya telah rosak. Ia perlu dibaiki dengan segera.