Wednesday, January 15, 2014

IEE16: KAWALAN KEPADA PEMASANGAN DAN PERLINDUNGAN


Setiap pemasangan elektrik hendaklah mempunyai 3 kawalan utama iaitu:
1- Pengsuisan. Untuk mengasing dan menyambungkan litar elektrik dengan selamat

2- Perlindungan dari arus bocor

3- Perlindungan dari arus litar pintas

Suis mestilah mampu untuk menyambung dan memutuskan litar dengan selamat dan tidak boleh berfungsi sebagai alat selain suis seperti dua jenis perlindungan di atas. Setiap suis mestilah ditanda dengan perkataan BUKA bagi OFF manakala TUTUP bagi ON atau nombor 1 bagi ON dan 0 bagi off atau mana-mana yang sesuai. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali:
a- Sebagai suis utama bagi pemasangan fasa tunggal
b- Alat pemanas dimana elemennya boleh disentuh seperti pemanas air
c- Alatubah auto lampu nyahcas.

Pengalir neutral juga boleh diputuskan bila sesuatu ujian berkala dibuat tetapi cara pemutusan dan sambungannya mestilah mengikut peraturan dan sempurna. Pengalir pelindung tidak boleh diputuskan (disuiskan) kecuali atas sesuatu sebab yang tidak boleh dielakkan. Setiap beban mestilah mempunyai suis yang boleh dikawal dengan selamat dan ditanda supaya ia boleh dilihat dengan jelas.

SUIS KECEMASAN
Suis ini hendaklah yang boleh digunakan secara pantas dan tahan lasak bagi memutuskan sesuatu litar elektrik. Dalam litar kawalan motor, suis ini hendaklah berada berdekatan dengan motor (2 meter), mudah dilihat dan mudah dicapai.
Untuk mengelakkan suis berkenaan akan tertutup secara tidak sengaja semasa kecemasan, satu cara mekanikal hendaklah direka supaya ia tidak gagal berfungsi dengan sempurna seperti sepatutnya. Suis ini tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau mengambil mudah jika ianya telah rosak. Ia perlu dibaiki dengan segera.


Suis bomba hendaklah hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
a- Ketinggian suis hendaklah tidak lebih 2.75m dari aras lantai.
b- Mesti berwarna merah dengan lebel ‘SUIS BOMBA’ dengan ketinggian huruf tidak kurang dari 13mm.
c- Kedudukannya mestilah terhidar dari ON dan OFF secara tidak sengaja.
d- Bagi pemasangan luaran, ia hendaklah terletak berhampiran dengan beban dan ditanda dengan jelas.
e- Bagi pemasangan dalam bangunan, ia hendaklah diletak dijalan laluan masuk ke bangunan tersebut.
f- Jika pihak berkuasa bomba berkehendakkan sesuatu tambahan dibuat, ia hendaklah dipatuhi.
g- Suis berkenaan hendaklah disambung pada bekalan hidup.

Untuk memudahkan suis berkenaan dikendalikan oleh mereka yang kurang mahir, suis berkenaan hendaklah:
a- Yang dikenalpasti dengan mudah dan jelas.
b- Disusun supaya tidak ada keraguan mereka yang menggunakannya
c- Diletakkan berdekatan dengan beban yang dikawal
d- Boleh di OFF dan ON dengan beban penuh dalam litar berkenaan
e- Disusun supaya tidak berlaku penggunaan secara tidak sengaja.

PEMENCIL
Ia juga boleh dipanggil isolator atau pengasing dan digunakan bila mempunyai beban. Pengawalannya termasuk pengalir neutral diputuskan dan boleh dikunci. Pemencil hendaklah mampu beroperasi dalam keadaan beban penuh dalam litar yang dikawalnya. Arahan pada pemencil hendaklah jelas seperti ON dan OFF, L dan N atau R Y B bagi pemencil tiga fasa. Pemencil tidak boleh dikawal menggunakan secara elektronik.

PERLINDUNGAN DARI KEJUTAN ELEKTRIK
Sebahagian besar iaitu 70% dari kandungan badan manusia terdiri dari cecair dan merupakan bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Bagaimanapun kulit yang kering dan kasar dapat meninggikan rintangan tersebut berbanding kulit yang licin dan lembut. Oleh itu pemilihan RCD yang betul adalah amat penting dikira dengan galangan elektrod bumi dengan formula:

Z = 50/Io volt

dimana...

Z=           Galangan elektrod bumi yang maksima
50 volt = Jumlah voltan yang dikira selamat bagi manusia
Io=         Sensitiviti sesebuah RCD

Arus yang mengalir juga ditentukan oleh impedan yang terdapat pada badan manusia termasuk safety boot, kekuatan sentuhan, jangka masa sentuhan dan jumlah voltan semasa sentuhan berlaku. Sentuhan 500mA selama 2ms tidak memberi kesan pada badan manusia berbanding sentuhan 50mA selama 10 saat. kesan kejutan juga berbeza bagi setiap kes

SENTUHAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
Terdapat 2 jenis sentuhan dengan konduktor hidup iaitu sentuhan langsung dan tidak langsung. Kaedah perlindungan dari sentuhan langsung ialah:

a- Tebatkan semua bahagian hidup
b- Penyediaan penghalang atau penutup bahagian berkenaan
c- Ditempatkan di luar jankauan manusia
d- Penyediaan alat atau peranti arus baki yang bersesuaian

Terdapat 3 kaedah perlindungan tidak langsung:
a-

PERLINDUNGAN PERALATAN MUDAH ALIH
Pengalaman menunjukkan banyak kemalangan berlaku di luar rumah adalah disebabkan peralatan yang mereka gunakan. Setiap soket alir keluar hendaklah dilindungi dengan RCD yang berkadaran tidak melebihi 30mA. Keperluan ini tidak melibatkan pepasangan lain seperti lampu hiasan atau lampu taman.

PERLINDUNGAN ARUS LEBIH
Arus lebih bermaksud arus yang lebih besar dari arus biasa dan mengalir dalam masa yang lama. Terdapat dua jenis arus lebih iaitu:

a- Arus Beban Lebih
Arus beban lebih terjadi kerana beban yang disambung melebihi nilai yang dihadkan keatas sesuatu kabel. Arus ini akan menyebabkan kepanasan kepada pengalir dan penebat. Suhu maksima bagi penebat pvc/pvk yang biasa ialah sehingga 70 darjah Celcius sahaja. Jika melebihi angka berkenaan, pvc/pvk berkenaan akan menjadi lembut seterusnya tidak lagi memberi perlindungan kepada konduktor.

b- Arus Litar Pintas (Prospective Short Circuit) PSC
Arus ini terjadi kerana litar yang rosak dan ianya mungkin sangat tinggi. Keadaan ini berlaku dalam masa yang amat singkat dan peranti perlindungan beroperasi dalam masa yang pantas. Dalam setiap pemasangan, peranti pemutusan mestilah mampu berfungsi dengan baik.

Fius separa tertutup BS88 atau BS1361 hendaklah mampu menahan arus sehingga 4kA



Cara mengira arus litar pintas (PSC)
Mengukur impedan bekalan semasa tanpa beban dan berbeban. Sebagai contoh;

Voltan tanpa beban: 240 volt
Voltan berbeban: 238 volt
Arus yang mengalir: 40A



Perlindungan beban lebih

Fius

Pemutus litar

Pengalir pelindung

Perlindungan dari kerosakan

Arus litar pintas



...bersambung

No comments:

Post a Comment