Monday, January 13, 2014

IEE16: Institution of Electrical Engineers

Membincang dan memberi panduan mengenai cara pemasangan elektrik yang betul supaya ia selamat dari malapetaka yang tidak diingini. Setiap juruelektrik perlu mempunyai pengentahuan yang mencukupi dalam bidang elektrik yang akan dikendalikannya. Selain menghadiri kelas atau kursus secara formal mereka juga perlu rujukan segera bila berdepan dengan masalah yang tidak dijangka.

Ramai antara juruelektrik berpengalaman tempatan mengambil mudah peraturan keselamatan ini untuk menjimat masa kerja dan mungkin merimaskan kerana menggangu tugasannya. Sesuatu kemalangan tidak boleh diundur kembali dan ia boleh dielak dengan mempraktikkan beberapa peraturan yang telah diperakui oleh pakar-pakar di seluruh dunia. Antaranya badan Institution of Electrical Engineers

VOLTAN PIAWAIAN
Sepertimana yang diketahui bahawa setiap negara Komenwel menggunakan piawaian voltan yang sama iaitu 240 volt bagi 1 fasa manakala 415 volt bagi 3 fasa dengan voltan toleransi sebanyak 6%. Jadi voltan 1 fasa akan berada dalam jangkaan 226 volt hingga 254 volt manakala bagi 3 fasa dalam 390 volt hingga 440 volt. Kebanyakkan negara Eropah lain mempunyai voltan 220/390 volt.

Pada tahun 1988 satu persetujuan telah dicapai bahawa voltan piawaian bagi Eropah ialah 230/400 volt. Persetujuan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1995 dengan toleransi dari 6% kepada 10% iaitu bagi 1 fasa ialah 216 volt hingga 253 volt manakala 3 fasa 376 volt hingga 440 volt.

Oleh itu semua pengilang peralatan elektrik akan mematuhi piawaian ini dari mula berkuatkuasa hinggalah sepenuhnya pada tahun 2003.

Suatu peralatan elektrik yang berkadar 230 volt dan menggunakan voltan 240 volt akan menggunakan 4.3% lebihan arus dan 9% lebihan tenaga.

Sebuah pemanas 230 volt, 3kw apabila disambung kepada bekalan 240 volt didapati akan lebih cepat panas tapi mungkin jangka hayatnya akan menjadi sedikit singkat.



...bersambung

No comments:

Post a Comment