Sunday, July 5, 2015

Kipas siling remote tidak berpusing



Ramai orang bertanye pasal kipas remote sejak tempohari post pasal tukar kapasitor kipas..ambe share skit lah..
>> Masalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.

Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.
Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.
Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencoba
Kredit: TKO.
lain-lain info tentang kipas siling boleh rujuk DI SINI

35 comments:

  1. Salam bos,kalau kipas siling remote x berpusing & xde bunyi "tik" masa kita tekan remote... ape masalahnya boss??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika xder bunyi tik, adakah kipas tu berfungsi atau tidak? Kalau berfungsi, itu hanya masalah bunyi. Kalau tak berfungsi,
      * Pastikan bateri remote berkeadaan baik
      * Litar elektronik penerima rosak pada kipas rosak.

      Penyelesaiannya bypass litar berkenaan dan kipas berfungsi tanpa remote. Guna regulator mcm kipas biasa

      Delete
  2. boleh terang kan tak macam mana nak bypass kipas remote ke regulator.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam, tuan. Berdasarkan gambar yg pertama, ia sama dgn PCB kipas saya. Kalau nak tukar kapasitor start, yg mana satu perlu ditukar? Dua dua sekali atau satu shj? Mohon perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  4. boss ad no telefon x?ad benda nk tnya..

    ReplyDelete
  5. Boss, jika cuma speed 3 yg berfungsi. Manakala speed 1(pelahan) dan speed 2(sederhana) x berfungsi. Apa yg perlu ditukar?

    ReplyDelete
  6. boss kalau kipas langsung tidak bergerak tetapi kapasitor kita dah tukar masih tidak berputar nk bt mcm mna boss

    ReplyDelete
  7. Boss kalau kipas bunyi tit tit banyak kali baru nak berpusing dan kadang2 bunyi tit2 tak berpusing..apa rosak boss

    ReplyDelete
  8. Tukar kapasitor baru....x mahu jalan jugak kipas..ambik pcb kipas lain yang o.k...masih xmahu jalan jugak....kena musing pakai tangan baru nak pusing...kipas pusing perlahan...todak seperti biasa....apa masalah tuan...motor rosak ka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tuan reply soalan saya.saya akan lakukan jawapan tuan.

      Delete
  9. Saya ada masalah pada kipas siling model Q8 Deka, saya dah pun check pada papanlitar kipas dan ada masalah pada IC komponen 20kaki pada litar kipas tu, tapi masalah saya tak dapat nak tukar IC komponen tu sebab nombor part IC tersebut tak tertulis...ada sesiapa yang boleh atau tahu model IC 20 kaki pada kipas Deka Q8 tu tak? Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Kipas berbunyi tik tik..apa solution boss?

    ReplyDelete
  11. Kedai mana yg jual capasitor untuk pcb kipas ni ye...pg kedai letrik die ade yg cable tu je..

    ReplyDelete
  12. Salam.. macam mana cara nk convert dari kipas remote kepada regulator biasa..?? Kipas remote masih elok, tapi remote selalu hilang.. so sy nk convert kpd regulator dinding 5 speed.. mohon sifu2 dlm ni bleh tnjuk ajar.. tq.. 😊 .. bleh wassap direct no sy 0136104901

    ReplyDelete
  13. Masalah saya berlaku seperti sahabat yg menghantar pada saturday, june 08, 2019 tukar dr kipas remote ke manual guna regulator. Wassap saya direct 0145767500. Tq.

    ReplyDelete
  14. Mcmane nk tukar kapasitor start yg xde wayar tu (besi). Boleh ke pakai serupa dgn kapasitor run yg berwayar tu?

    ReplyDelete
  15. Kipas remote dia hilngh..on dia hidup cuma perlahan.mcm mana nak buat..

    ReplyDelete
  16. Dah tukar kapasitor run dan start tp masih x berpusing . Cuma kluar bunyi tit tit je...kipas siling remote ade pakai thermofuse jgk ke?

    ReplyDelete
  17. Masalah saya berlaku seperti sahabat yg menghantar pada saturday, june 08, 2019 tukar dr kipas remote ke manual guna regulator. Wassap saya direct 0175955676

    ReplyDelete
  18. Cmna tuan, remote kdg2 ok kdg2 tidak, gmana nak tukar dr remote ke manual guna regulator- direct sy 0134815600

    ReplyDelete
  19. assalam semua.. kipas rumah sy hanya bunyi tit tit tit pastu berpusing slow.. ada yang tak bnyi tp tak berpusing.. apa masalah ya? mohon bantu semua

    ReplyDelete
  20. Salam, saya ada beli remote kipas kdk yg baru tapi kipas masih sama kelajuan wpun amik yg maksima.. Remote pun mcm susah nk detect.. Adakah kipas itu rosak

    ReplyDelete
  21. Salam...nak tye kipas saya ade bunyi tik tapi tak berpusing... Apa masalahnye ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..sama lah, saya pun ada masalah ni, kipas bunyi tik tik non stop, tapi kipas xpusing jugak..

      Delete
  22. kipas brand deka kronos

    ReplyDelete
  23. Encik.. Sy sdh tukar kapasitor bru ianya bergerak tpi pada kelajuan 1 dgn 2 je.. Bila tekan kelajuan 3 dia terus jdi lebih perlahan dr no 1.. Apakah punca dia?

    ReplyDelete
  24. as salam tuan,nak tanya,kat mana nk cari pcb fan yg mcm gmbr di atas tu

    ReplyDelete
  25. Assalam Tuan. Kipas remote Saya slow ngan medium tak bergerak. Is bergerak pada maximum jer. Masalh kapasitor ke Tuan?

    ReplyDelete
  26. nk tya kipas saya jenaya nipah..bila tekan remote tgn leguh apa sebab bos

    ReplyDelete
  27. Saya punya 2 kipas kdk k14X8. Yg satu kipas boleh deteck pada remort control. Yg satu lagi kipas tidak boleh deteck oleh remort cintrol. Jadi apa yg patut saya lakukan

    ReplyDelete
  28. boss,tumpang tanya apa model kipas dan pcb board di gambar pertama?sebab i nak tolong member beli tapi tak tahu apa model kipas dan pcb board

    ReplyDelete
  29. Kipas siling saya berpusing perlahan walaupun baru sahaja tukar capisitor & electrolytic capisitor. Apa masalahnya? Harap tuan boleh tolong jelaskan.

    ReplyDelete