Monday, July 20, 2015

Menjana tenaga elektrik melalui saluran paip air

Jika dirujuk data dari Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air rakyat Malaysia adalah pengguna air paling banyak di Asia. Kenapa kita tidak gunakan sumber ini ke tahap maksimun?
Keratan akhbar



Sebuah syarikat air di Portland, Oregon US LucidPipe, mereka dalam percubaan untuk menggunakan berjuta-juta liter tenaga air yang mengalir tanpa henti ke seluruh negara untuk menjana tenaga elektrik secara percuma. Projek ini dibiayai secara persendirian oleh  Harbourton Alternative Energy dan pemasangannya selesai pada akhir Disember 2014.
Pemasangan dilakukan oleh LucidPipe dan kelihatan kipas dan penjana tenaga elektrik pada paip tersebut

Mereka menggunakan laluan paip air utama yang bersaiz 42 inci (107cm) untuk menggerakkan 200kW turbin. Penjana turbin ini dipasang secara sesiri antara satu sama lain dalam jarak yang telah ditetapkan.
Pandangan lebih jelas


Sekiranya segala ujian berjalan lancar, ia akan beroperasi secara penuh pada Mac 2015. Dalam satu masa ia mampu menjana 1100 megawatt/hours setiap tahun dan boleh membekalkan tenaga kepada 150 buah rumah. Dalam masa 20 tahun, ia memberi pulangan US2 juta kepada Portland General Electric

Gambaran grafik
Jika ia ternyata berkesan negara boleh pertimbangkan untuk melabur dalam teknologi ini secara serius.

Sumber: DI SINI

No comments:

Post a Comment