Setiap
pemasangan elektrik hendaklah mempunyai 3 kawalan utama iaitu:
1- Pengsuisan.
Untuk mengasing dan menyambungkan litar elektrik dengan selamat
2- Perlindungan
dari arus bocor
3- Perlindungan
dari arus litar pintas
Suis mestilah
mampu untuk menyambung dan memutuskan litar dengan selamat dan tidak boleh
berfungsi sebagai alat selain suis seperti dua jenis perlindungan di atas.
Setiap suis mestilah ditanda dengan perkataan BUKA bagi OFF manakala TUTUP bagi
ON atau nombor 1 bagi ON dan 0 bagi off atau mana-mana yang sesuai. Pengalir neutral
tidak perlu diputuskan kecuali:
a- Sebagai suis utama
bagi pemasangan fasa tunggal
b- Alat pemanas
dimana elemennya boleh disentuh seperti pemanas air
c- Alatubah auto
lampu nyahcas.
Pengalir neutral
juga boleh diputuskan bila sesuatu ujian berkala dibuat tetapi cara pemutusan
dan sambungannya mestilah mengikut peraturan dan sempurna. Pengalir pelindung
tidak boleh diputuskan (disuiskan) kecuali atas sesuatu sebab yang tidak boleh
dielakkan. Setiap beban mestilah mempunyai suis yang boleh dikawal dengan
selamat dan ditanda supaya ia boleh dilihat dengan jelas.
SUIS KECEMASAN
Suis ini
hendaklah yang boleh digunakan secara pantas dan tahan lasak bagi memutuskan sesuatu litar
elektrik. Dalam litar kawalan motor, suis ini hendaklah berada berdekatan
dengan motor (2 meter), mudah dilihat dan mudah dicapai.
Untuk
mengelakkan suis berkenaan akan tertutup secara tidak sengaja semasa kecemasan,
satu cara mekanikal hendaklah direka supaya ia tidak gagal berfungsi dengan
sempurna seperti sepatutnya. Suis ini tidak boleh digunakan dengan
sewenang-wenangnya atau mengambil mudah jika ianya telah rosak. Ia perlu
dibaiki dengan segera.
Suis bomba
hendaklah hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
a- Ketinggian
suis hendaklah tidak lebih 2.75m dari aras lantai.
b- Mesti berwarna
merah dengan lebel ‘SUIS BOMBA’ dengan ketinggian huruf tidak kurang dari 13mm.
c- Kedudukannya
mestilah terhidar dari ON dan OFF secara tidak sengaja.
d- Bagi
pemasangan luaran, ia hendaklah terletak berhampiran dengan beban dan ditanda
dengan jelas.
e- Bagi
pemasangan dalam bangunan, ia hendaklah diletak dijalan laluan masuk ke
bangunan tersebut.
f- Jika pihak
berkuasa bomba berkehendakkan sesuatu tambahan dibuat, ia hendaklah dipatuhi.
g- Suis
berkenaan hendaklah disambung pada bekalan hidup.
Untuk memudahkan
suis berkenaan dikendalikan oleh mereka yang kurang mahir, suis berkenaan
hendaklah:
a- Yang
dikenalpasti dengan mudah dan jelas.
b- Disusun
supaya tidak ada keraguan mereka yang menggunakannya
c- Diletakkan
berdekatan dengan beban yang dikawal
d- Boleh di OFF
dan ON dengan beban penuh dalam litar berkenaan
e- Disusun
supaya tidak berlaku penggunaan secara tidak sengaja.
PEMENCIL
Ia juga boleh
dipanggil isolator atau pengasing dan digunakan bila mempunyai beban.
Pengawalannya termasuk pengalir neutral diputuskan dan boleh dikunci. Pemencil
hendaklah mampu beroperasi dalam keadaan beban penuh dalam litar yang
dikawalnya. Arahan pada pemencil hendaklah jelas seperti ON dan OFF, L dan N
atau R Y B bagi pemencil tiga fasa. Pemencil tidak boleh dikawal menggunakan
secara elektronik.
PERLINDUNGAN DARI KEJUTAN ELEKTRIK
Sebahagian besar iaitu 70% dari kandungan badan manusia terdiri dari cecair dan merupakan bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Bagaimanapun kulit yang kering dan kasar dapat meninggikan rintangan tersebut berbanding kulit yang licin dan lembut. Oleh itu pemilihan RCD yang betul adalah amat penting dikira dengan galangan elektrod bumi dengan formula:
Z = 50/Io volt
dimana...
Z= Galangan elektrod bumi yang maksima
50 volt = Jumlah voltan yang dikira selamat bagi manusia
Io= Sensitiviti sesebuah RCD
Arus yang mengalir juga ditentukan oleh impedan yang terdapat pada badan manusia termasuk safety boot, kekuatan sentuhan, jangka masa sentuhan dan jumlah voltan semasa sentuhan berlaku. Sentuhan 500mA selama 2ms tidak memberi kesan pada badan manusia berbanding sentuhan 50mA selama 10 saat. kesan kejutan juga berbeza bagi setiap kes
SENTUHAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
Terdapat 2 jenis sentuhan dengan konduktor hidup iaitu sentuhan langsung dan tidak langsung. Kaedah perlindungan dari sentuhan langsung ialah:
a- Tebatkan semua bahagian hidup
b- Penyediaan penghalang atau penutup bahagian berkenaan
c- Ditempatkan di luar jankauan manusia
d- Penyediaan alat atau peranti arus baki yang bersesuaian
Terdapat 3 kaedah perlindungan tidak langsung:
a-
PERLINDUNGAN PERALATAN MUDAH ALIH
Pengalaman menunjukkan banyak kemalangan berlaku di luar rumah adalah disebabkan peralatan yang mereka gunakan. Setiap soket alir keluar hendaklah dilindungi dengan RCD yang berkadaran tidak melebihi 30mA. Keperluan ini tidak melibatkan pepasangan lain seperti lampu hiasan atau lampu taman.
PERLINDUNGAN ARUS LEBIH
Arus lebih bermaksud arus yang lebih besar dari arus biasa dan mengalir dalam masa yang lama. Terdapat dua jenis arus lebih iaitu:
a- Arus Beban Lebih
Arus beban lebih terjadi kerana beban yang disambung melebihi nilai yang dihadkan keatas sesuatu kabel. Arus ini akan menyebabkan kepanasan kepada pengalir dan penebat. Suhu maksima bagi penebat pvc/pvk yang biasa ialah sehingga 70 darjah Celcius sahaja. Jika melebihi angka berkenaan, pvc/pvk berkenaan akan menjadi lembut seterusnya tidak lagi memberi perlindungan kepada konduktor.
b- Arus Litar Pintas (Prospective Short Circuit) PSC
Arus ini terjadi kerana litar yang rosak dan ianya mungkin sangat tinggi. Keadaan ini berlaku dalam masa yang amat singkat dan peranti perlindungan beroperasi dalam masa yang pantas. Dalam setiap pemasangan, peranti pemutusan mestilah mampu berfungsi dengan baik.
Fius separa tertutup BS88 atau BS1361 hendaklah mampu menahan arus sehingga 4kA
Cara mengira arus litar pintas (PSC)
Mengukur impedan bekalan semasa tanpa beban dan berbeban. Sebagai contoh;
Voltan tanpa beban: 240 volt
Voltan berbeban: 238 volt
Arus yang mengalir: 40A
Perlindungan beban lebih
Fius
Pemutus litar
Pengalir pelindung
Perlindungan dari kerosakan
Arus litar pintas
...bersambung

No comments:
Post a Comment