Dalam posting ni, pepasangan adalah merujuk kepada sistem pendawaian elektrik di Malaysia. Bagi mereka yang baru mengenali pepasangan elektrik akan mudah keliru untuk membezakan antara dua istilah ini. paling senang ikut buku atau nota yang dibekalkan. Otak pun terus jadi skema sebab terlalu mengharapkan buku untuk dapatkan maklumat.
Istilah ini dicipta untuk memudahkan pelajar membuat perbezaan antara pepasangan industri dan domestik. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Makin kusut. Bila menjawab soalan peperiksaan pun masih lagi tertakluk kepada hafalan nota dari buku.
Untuk memudahkan kefahaman dan membezakan kedua jenis pendawaian berkenaan adalah seperti berikut,
Pendawaian Industri
Tidak kira samada pendawaian tersebut dibuat secara pendawaian permukaan (klip terus) atau menggunakan kondiut dan trunking tetapi BUKAN untuk tujuan peribadi adalah dikategorikan sebagai pendawaian industri. Pendawaian tersebut juga adalah besar seperti bangunan kilang, bangunan kerajaan atau untuk kegunaan umum.
Banyak jenis kabel dengan standard antarabangsa boleh rujuk DI SINI dan Universal Cable DI SINI
Ciri-ciri jelas pendawaian industri adalah seperti berikut;
> Ciri-ciri keselamatanya diambil berat dan tertakluk kepada peraturan standard
> Terdapat individu yang berkelayakan (kekompetenan) yang menjaga pepasangan tersebut
> Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) samada sebagai pepasangan persendirian atau kormesil
> Diselia secara terus oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST)
> Kos pepasangan adalah amat mahal hingga boleh mencapai jutaan ringgit
> Peralatan dan bahan khas digunakan bergantung kepada permintaan pelanggan dan situasi tempat. Kebanyakkan alatan dan bahan ini adalah diimport dari luar negara.
Banyak jenis kabel dengan standard antarabangsa boleh rujuk DI SINI dan Universal Cable DI SINI
Kabel yang digunakan dalam pepasangan industri atau kormesil amat berbeza dengan kabel untuk pemasangan rumah kediaman. |
Ciri-ciri jelas pendawaian industri adalah seperti berikut;
> Ciri-ciri keselamatanya diambil berat dan tertakluk kepada peraturan standard
> Terdapat individu yang berkelayakan (kekompetenan) yang menjaga pepasangan tersebut
> Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) samada sebagai pepasangan persendirian atau kormesil
> Diselia secara terus oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST)
> Kos pepasangan adalah amat mahal hingga boleh mencapai jutaan ringgit
> Peralatan dan bahan khas digunakan bergantung kepada permintaan pelanggan dan situasi tempat. Kebanyakkan alatan dan bahan ini adalah diimport dari luar negara.
# Jenis kabel dan pengalir yang digunakan
Apa yang kita faham tentang jenis bahan dan kabel yang digunakan dalam pepasangan domestik ialah kabel jenis pvc, klip timah dan aksesori buatan Malaysia yang kita sedia maklum tentang tahap kualitinya.
Bagi pepasangan kormesil atau industri, semua kualiti bahan yang digunakan mesti memenuhi piawaian antarabangsa atau paling tidak mesti mematuhi piawaian Malaysia. Badan yang menyelia kualiti bahan pendawaian ialah SIRIM, MSIEC, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika pemunya bangunan itu di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya, maka peraturan tertentu perlu dipatuhi dalam menyiapkan pendawaian.
Antara kabel untuk kegunaan kormesil ialah:
- XLPE insulated power cable
Digunakan oleh pihak pembekal untuk voltan tinggi |
- Fire resistance cable
Sesuai untuk tempat yang terdedah dengan kebakaran seperti stesen minyak |
- Area bundle cable
Juga dipanggil ABC dan digunakan oleh pihak pembekal menggantikan bare conductor |
- Aluminium rods bare conductors and cables
|
Terdapat dua jenis bare conductor iaitu jenis Pure Aluminium (AAC) untuk kegunaan voltan rendah manakala Aluminium Alloy (AAAC) untuk voltan tinggi |
- Instrumentation cable
|
- PVC/XLPE insulated power cable
Kebanyakkan kabel ini disertai dengan perisai untuk perlindungan mekanikal dan pengalir bumi |
- Offshore, Marine and shipboard cable
Kabel ini memerlukan perlindungan penebat dan mekanikal yang lebih tinggi dari kabel biasa kerana ia melibatkan pemasangan pada tempat yang amat mahal iaitu loji petrolium dan pelantar minyak |
# Kondiut, Trunking dan Ducting
# Kaedah pemasangan
Pendawaian Domestik
Semua pendawaian untuk kegunaan peribadi, kecil dan murah. Manakala ciri-ciri jelas pendawaian domestik adalah sebaliknya seperti berikut;
> Untuk kegunaan persendirian dan tidak memerlukan perancangan yang teliti
> Jika pemilik pemasagan tersebut berkebolehan dalam bidang elektrik, mereka boleh melakukannya sendiri tanpa melibatkan tenaga profesional.
> Bahan dan peralatan adalah murah. Kadang-kadang standard piawaian diabaikan oleh kontraktor kerana kelonggaran penguatkuasaan.
> Antara contoh kelonggaran pemasangan ini ialah penggunaan saiz kabel yang lebih kecil dari sepatutnya.
Kabel untuk kegunaan domestik mestilah memenuhi kreteria berikut
Pemilik premis bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pemasangannya jika cara pendawaian tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. |
> Untuk kegunaan persendirian dan tidak memerlukan perancangan yang teliti
> Jika pemilik pemasagan tersebut berkebolehan dalam bidang elektrik, mereka boleh melakukannya sendiri tanpa melibatkan tenaga profesional.
> Bahan dan peralatan adalah murah. Kadang-kadang standard piawaian diabaikan oleh kontraktor kerana kelonggaran penguatkuasaan.
> Antara contoh kelonggaran pemasangan ini ialah penggunaan saiz kabel yang lebih kecil dari sepatutnya.
Kabel jenis PVC dari pelbagai saiz hanya sesuai untuk kegunaan domestik sahaja. |
a- Pengalir dibuat dari 100% tembaga
b- Disalut dengan PVC (penebat) berkualiti tinggi
c- Mudah dibengkokkan dan senang dipasang
d- Mempunyai penebatan yang berkualiti dan tahn dengan suhu sehingga 70 darjah selsius
e- Penebat yang tahan dari minyak dan bahan kimia
f- Mempunyai saiz yang pelbagai seperti dalam rajah di atas.
No comments:
Post a Comment