Saturday, October 25, 2014

TENAGA SURIA (Solar Energy)

Pencemaran Karbon Dioksida
Dunia semakin maju maka dunia juga semakin tercemar teruk oleh pelbagai pencemaran dari aktiviti manusia seperti pembangunan dan industri. Salah satunya ialah industri tenaga elektrik yang dijana secara kovensional dari sumber fosil dan pembinaan empangan yang bersaiz mega. Semua ini menghasilkan pencemaran yang bukan sedikit kepada alam sekitar.

Sejak tahun 1990 saintis mendapati pemanasan iklim dunia telah meningkat dengan cepat. Perubahan ini sepatutnya berlaku dalam masa 10,000 tahun tapi telah berlaku dalam masa 100 tahun sahaja. Jika gaya hidup sekarang diteruskan, menjelang tahun 2099 bongkah ais di Greenland dan antartika akan mencair dan paras air laut akan meningkat setinggi 7 meter. Keadaan ini akan membuatkan banyak kawasan rendah di dunia akan lenyap menjadi laut sedangkan jumlah manusia semakin bertambah.

Pada tahun 1988  Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan dan hasil kajian mendapati 98% pemanasan global adalah dari pelepasan karbon dioksida dari aktiviti pembakaran fosil secara berlebihan. Negara-negara besar seperti China, India dan Amerika adalah penyumbang utama pencemaran ini. Jika tidak dibendung dari awal tidak mustahil planet bumi akan menjadi seperti planet Marikh yang bersuhu 400 darjah selsius dan 90% atmosferanya adalah karbon dioksida.

Tenaga suria adalah pilihan terbaik kerana ia bersih, cekap dan bekalannya tidak akan putus selagi matahari masih wujud di alam ini.

Perbandingan penggunaan antara sumber tenaga lain di dunia dimana tenaga suria boleh digunakan secara bersih dan cekap tanpa putus-putus selagi adanya matahari. Sumber: Global energy potential perez 2009
Sejarah Tenaga Suria
Ia bermula sejak tahun 1897 iaitu seorang jurutera juga perintis dari Amerika iaitu Frank Shuman yang menggunakan tenaga suria untuk memanaskan air untuk kegunaan sebuah enjin wap. Pada tahun 1908 beliau menubuhkan sebuah syarikat Sun Power Company bersama seorang rakan untuk membina sebuah enjin wap berkuasa solar. Beliau menggunakan cermin untuk mengumpulkan cahaya matahari untuk memanaskan air dan berjaya menghasilkannya pada tahun 1912.




Frank Shuman membina sebuah stesen solar thermal pertama di dunia di Maadi Mesir pada 1913 untuk menjalankan enjin pam air ke ladang kapas di persisir sungai Nil. Beliau menggunakan sebuah parabola berkilat dan berjaya mengumpul antara 45 hingga 52 kilowatt tenaga bagi memanaskan air tersebut. Enjin berkenaan berjaya mengepam 22,000 liter air seminit dengan tenaga PERCUMA dari matahari.

Teknologi tenaga suria terhenti seketika bila berlakunya perang dunia pertama dan dengan penemuan minyak secara besar-besaran dan murah dia Asia Barat pada 1930

Sel foto voltan pertama diperkenalkan oleh Alexandre-Edmond Becquerel pada tahun 1839. Secara praktikalnya sel ini digunakan pada satelit angkasa untuk mengorbit bumi oleh negara Amerika. Antara bahan-bahan untuk menghasilkan sel ini ialah monocrystalline silicon, polycrystalline silicon, amorphous silicon, cadmium telluride, and copper indium gallium selenide/sulfide. Kabel dari jenis tembaga digunakan untuk menyambung sel-sel berkenaan.

Kita juga berharap, dengan penemuan dan penggunaan tenaga suria secara cekap akan mengurangkan penggunaan bahan bakar dari fosil (petroleum) yang mencemarkan dunia. Kita juga tidak memerlukan tenaga nuklear kerana sejarah telah membuktikan bahawa nuklear juga membawa kesan buruk kepada manusia akibat pencemarannya.

Tenaga Suria Di Malaysia.
Ia juga dikenali sebagai Green Teknologi atau Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) dimana bekalannya sentiasa ada secara kitaran semulajadi. Malaysia berada pada garis tengah khatulistiwa yang merupakan kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Pada garisan ini bumi sepatutnya mampu menerima sehingga 1366 watt/meter persegi tapi oleh kerana faktor-faktor lain seperti ketebalan awan dan pencemaran hanya 1020 watt/meter persegi sahaja yang berjaya diukur.

Kawasan garisan Khatulistiwa(kuning) merupakan kawasan paling banyak menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Manakala titik hitam adalah gambaran pusat pencawang utama elektrik dari tenaga suria berjumlah 18 Terawatt yang mampu membekalkan tenaga elektrik meliputi seluruh dunia. Sumber: wikipedia

Link berkaitan solar
Malaysia cukup solar-Metro


No comments:

Post a Comment