Ramai orang bertanye pasal kipas remote sejak tempohari post pasal tukar kapasitor kipas..ambe share skit lah..
>> Masalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.
Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.
Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.
Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencoba
Kredit: TKO.
lain-lain info tentang kipas siling boleh rujuk DI SINI
Salam bos,kalau kipas siling remote x berpusing & xde bunyi "tik" masa kita tekan remote... ape masalahnya boss??
ReplyDeleteJika xder bunyi tik, adakah kipas tu berfungsi atau tidak? Kalau berfungsi, itu hanya masalah bunyi. Kalau tak berfungsi,
Delete* Pastikan bateri remote berkeadaan baik
* Litar elektronik penerima rosak pada kipas rosak.
Penyelesaiannya bypass litar berkenaan dan kipas berfungsi tanpa remote. Guna regulator mcm kipas biasa
boleh terang kan tak macam mana nak bypass kipas remote ke regulator.. terima kasih
ReplyDeleteSalam, tuan. Berdasarkan gambar yg pertama, ia sama dgn PCB kipas saya. Kalau nak tukar kapasitor start, yg mana satu perlu ditukar? Dua dua sekali atau satu shj? Mohon perkongsian ilmu.
ReplyDeleteboss ad no telefon x?ad benda nk tnya..
ReplyDeleteBoss, jika cuma speed 3 yg berfungsi. Manakala speed 1(pelahan) dan speed 2(sederhana) x berfungsi. Apa yg perlu ditukar?
ReplyDeleteRegulator
Deleteboss kalau kipas langsung tidak bergerak tetapi kapasitor kita dah tukar masih tidak berputar nk bt mcm mna boss
ReplyDeleteBoss kalau kipas bunyi tit tit banyak kali baru nak berpusing dan kadang2 bunyi tit2 tak berpusing..apa rosak boss
ReplyDeleteMasalah sama juga. Jenuh memikir kenapa
DeleteTukar kapasitor baru....x mahu jalan jugak kipas..ambik pcb kipas lain yang o.k...masih xmahu jalan jugak....kena musing pakai tangan baru nak pusing...kipas pusing perlahan...todak seperti biasa....apa masalah tuan...motor rosak ka.....
ReplyDeleteTolong tuan reply soalan saya.saya akan lakukan jawapan tuan.
DeleteSaya ada masalah pada kipas siling model Q8 Deka, saya dah pun check pada papanlitar kipas dan ada masalah pada IC komponen 20kaki pada litar kipas tu, tapi masalah saya tak dapat nak tukar IC komponen tu sebab nombor part IC tersebut tak tertulis...ada sesiapa yang boleh atau tahu model IC 20 kaki pada kipas Deka Q8 tu tak? Terima kasih
ReplyDeleteKipas berbunyi tik tik..apa solution boss?
ReplyDeleteKedai mana yg jual capasitor untuk pcb kipas ni ye...pg kedai letrik die ade yg cable tu je..
ReplyDeleteArea shah alam
DeleteSalam.. macam mana cara nk convert dari kipas remote kepada regulator biasa..?? Kipas remote masih elok, tapi remote selalu hilang.. so sy nk convert kpd regulator dinding 5 speed.. mohon sifu2 dlm ni bleh tnjuk ajar.. tq.. 😊 .. bleh wassap direct no sy 0136104901
ReplyDeleteMasalah saya berlaku seperti sahabat yg menghantar pada saturday, june 08, 2019 tukar dr kipas remote ke manual guna regulator. Wassap saya direct 0145767500. Tq.
ReplyDeleteMcmane nk tukar kapasitor start yg xde wayar tu (besi). Boleh ke pakai serupa dgn kapasitor run yg berwayar tu?
ReplyDeleteKipas remote dia hilngh..on dia hidup cuma perlahan.mcm mana nak buat..
ReplyDeleteDah tukar kapasitor run dan start tp masih x berpusing . Cuma kluar bunyi tit tit je...kipas siling remote ade pakai thermofuse jgk ke?
ReplyDeleteMasalah saya berlaku seperti sahabat yg menghantar pada saturday, june 08, 2019 tukar dr kipas remote ke manual guna regulator. Wassap saya direct 0175955676
ReplyDeleteCmna tuan, remote kdg2 ok kdg2 tidak, gmana nak tukar dr remote ke manual guna regulator- direct sy 0134815600
ReplyDeleteassalam semua.. kipas rumah sy hanya bunyi tit tit tit pastu berpusing slow.. ada yang tak bnyi tp tak berpusing.. apa masalah ya? mohon bantu semua
ReplyDeleteSalam, saya ada beli remote kipas kdk yg baru tapi kipas masih sama kelajuan wpun amik yg maksima.. Remote pun mcm susah nk detect.. Adakah kipas itu rosak
ReplyDeleteSalam...nak tye kipas saya ade bunyi tik tapi tak berpusing... Apa masalahnye ye
ReplyDeleteWasalam..sama lah, saya pun ada masalah ni, kipas bunyi tik tik non stop, tapi kipas xpusing jugak..
Deletekipas brand deka kronos
ReplyDeleteEncik.. Sy sdh tukar kapasitor bru ianya bergerak tpi pada kelajuan 1 dgn 2 je.. Bila tekan kelajuan 3 dia terus jdi lebih perlahan dr no 1.. Apakah punca dia?
ReplyDeleteas salam tuan,nak tanya,kat mana nk cari pcb fan yg mcm gmbr di atas tu
ReplyDeleteAssalam Tuan. Kipas remote Saya slow ngan medium tak bergerak. Is bergerak pada maximum jer. Masalh kapasitor ke Tuan?
ReplyDeletenk tya kipas saya jenaya nipah..bila tekan remote tgn leguh apa sebab bos
ReplyDeleteSaya punya 2 kipas kdk k14X8. Yg satu kipas boleh deteck pada remort control. Yg satu lagi kipas tidak boleh deteck oleh remort cintrol. Jadi apa yg patut saya lakukan
ReplyDeleteboss,tumpang tanya apa model kipas dan pcb board di gambar pertama?sebab i nak tolong member beli tapi tak tahu apa model kipas dan pcb board
ReplyDeleteKipas siling saya berpusing perlahan walaupun baru sahaja tukar capisitor & electrolytic capisitor. Apa masalahnya? Harap tuan boleh tolong jelaskan.
ReplyDelete