Wednesday, January 15, 2014

IEE16: KAWALAN KEPADA PEMASANGAN DAN PERLINDUNGAN


Setiap pemasangan elektrik hendaklah mempunyai 3 kawalan utama iaitu:
1- Pengsuisan. Untuk mengasing dan menyambungkan litar elektrik dengan selamat

2- Perlindungan dari arus bocor

3- Perlindungan dari arus litar pintas

Suis mestilah mampu untuk menyambung dan memutuskan litar dengan selamat dan tidak boleh berfungsi sebagai alat selain suis seperti dua jenis perlindungan di atas. Setiap suis mestilah ditanda dengan perkataan BUKA bagi OFF manakala TUTUP bagi ON atau nombor 1 bagi ON dan 0 bagi off atau mana-mana yang sesuai. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali:
a- Sebagai suis utama bagi pemasangan fasa tunggal
b- Alat pemanas dimana elemennya boleh disentuh seperti pemanas air
c- Alatubah auto lampu nyahcas.

Pengalir neutral juga boleh diputuskan bila sesuatu ujian berkala dibuat tetapi cara pemutusan dan sambungannya mestilah mengikut peraturan dan sempurna. Pengalir pelindung tidak boleh diputuskan (disuiskan) kecuali atas sesuatu sebab yang tidak boleh dielakkan. Setiap beban mestilah mempunyai suis yang boleh dikawal dengan selamat dan ditanda supaya ia boleh dilihat dengan jelas.

SUIS KECEMASAN
Suis ini hendaklah yang boleh digunakan secara pantas dan tahan lasak bagi memutuskan sesuatu litar elektrik. Dalam litar kawalan motor, suis ini hendaklah berada berdekatan dengan motor (2 meter), mudah dilihat dan mudah dicapai.
Untuk mengelakkan suis berkenaan akan tertutup secara tidak sengaja semasa kecemasan, satu cara mekanikal hendaklah direka supaya ia tidak gagal berfungsi dengan sempurna seperti sepatutnya. Suis ini tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau mengambil mudah jika ianya telah rosak. Ia perlu dibaiki dengan segera.

Monday, January 13, 2014

IEE16: Institution of Electrical Engineers

Membincang dan memberi panduan mengenai cara pemasangan elektrik yang betul supaya ia selamat dari malapetaka yang tidak diingini. Setiap juruelektrik perlu mempunyai pengentahuan yang mencukupi dalam bidang elektrik yang akan dikendalikannya. Selain menghadiri kelas atau kursus secara formal mereka juga perlu rujukan segera bila berdepan dengan masalah yang tidak dijangka.

Ramai antara juruelektrik berpengalaman tempatan mengambil mudah peraturan keselamatan ini untuk menjimat masa kerja dan mungkin merimaskan kerana menggangu tugasannya. Sesuatu kemalangan tidak boleh diundur kembali dan ia boleh dielak dengan mempraktikkan beberapa peraturan yang telah diperakui oleh pakar-pakar di seluruh dunia. Antaranya badan Institution of Electrical Engineers

VOLTAN PIAWAIAN
Sepertimana yang diketahui bahawa setiap negara Komenwel menggunakan piawaian voltan yang sama iaitu 240 volt bagi 1 fasa manakala 415 volt bagi 3 fasa dengan voltan toleransi sebanyak 6%. Jadi voltan 1 fasa akan berada dalam jangkaan 226 volt hingga 254 volt manakala bagi 3 fasa dalam 390 volt hingga 440 volt. Kebanyakkan negara Eropah lain mempunyai voltan 220/390 volt.

Pada tahun 1988 satu persetujuan telah dicapai bahawa voltan piawaian bagi Eropah ialah 230/400 volt. Persetujuan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1995 dengan toleransi dari 6% kepada 10% iaitu bagi 1 fasa ialah 216 volt hingga 253 volt manakala 3 fasa 376 volt hingga 440 volt.

Oleh itu semua pengilang peralatan elektrik akan mematuhi piawaian ini dari mula berkuatkuasa hinggalah sepenuhnya pada tahun 2003.

Suatu peralatan elektrik yang berkadar 230 volt dan menggunakan voltan 240 volt akan menggunakan 4.3% lebihan arus dan 9% lebihan tenaga.

Sebuah pemanas 230 volt, 3kw apabila disambung kepada bekalan 240 volt didapati akan lebih cepat panas tapi mungkin jangka hayatnya akan menjadi sedikit singkat.



...bersambung

Monday, December 23, 2013

IEE16: Pemutus Litar (Circuit Breaker)

MCB

MCCB

ACB

OCB

VCB

...bersambung

Sistem Pembumian(elektrik) di Malaysia

PENGENALAN
Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman Carl August Steinheil telah menemui bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi.

Pada 1928 Philip F. Labre seorang pelajar di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini.

Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab. 
1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan harta benda. Pada awalnya perlindungan ini menggunakan element fius tapi kini pemutus litar yang lebih moden digunakan. Pemutus litar akan terpelantik sekiranya mengesan sebarang kebocoran elektrik di dalam litar.

2- Sebagaimana yang kita tahu, bekalan elektrik memerlukan pengali LIVE dan NEUTRAL untuk melengkapkan litar elektrik. Jika pengalir neutral dibumikan, ia telah menjimatkan sehingga 50% kos  laluan balik pengalir neutral untuk melengkapkan sesuatu litar. Bagi pendawaian DC ia dipanggil grounding pada terminal negatif sumber bekalan. 

Sunday, December 22, 2013

21 Asas Keselamatan Elektrik

Jika anda bekerja dalam litar hidup, anda perlu mamatuhi beberapa disiplin asas keselamatan dari kemanlangan elektrik. Antaranya ialah;

No-1
Elakkan dari sentuhan langsung kepada pengalir hidup. seorang juruelektrik sudah tentu maklum tentang bahaya renjatan dan jika sesuatu yang buruk berlaku mungkin anda tidak mempunyai peluang kedua.

No-2
Bahaya elektrik tidak dapat dilihat. Oleh itu jangan abaikan sebarang peranti elektrik samada anda tahu ia bertenaga atau tidak.

No-3
Tanggalkan sumber tenaga (disconnect) dari sebarang alat yang akan dibaiki atau servis.

No-4
Gunakan peralatan yang bertebat sepenuhnya

No-5
Elakkan memakai hiasan logam seperti cincin, gelang, jam yang menjadi pengalir elektrik

No-6
Bila mengendalikan dalam litar hidup, pastikan tangan dalam keadaan kering, bersarung tangan penebat dan safety boot bertapak penebat.

No-7
Jika keadaan mengizinkan, gunakan sebelah tangan sahaja untuk bekerja bersama pengalir manakala tangan sebelah lagi hendaklah dijauhi dari konduktor dan dalam keadaan berjaga-jaga.

No-8
Minimakan penggunakan peralatan elektrik dalam bilik bersuhu sejuk atau kawasan yang mudah berlaku pemeluwapan. Jika perlu gunakan soket pada dinding

No-9
Jika sebarang cecair atau air tumpah pada peralatan, putuskan bekalan dengan segera dan jangan cuba membuang cecair berkenaan jika bekalan masih bersambung dengan bekalan.

No-10
Jika seseorang terkena renjatan elektrik, jangan sentuh mangsa secara terus. Putuskan sumber bekalan terdekat atau gunakan sebarang bahan penebat untuk menarik mangsa.

No-11
Jika dikesan terdapat sebarang kebocoran terhadap peralatan elektrik, sila tanggalkan dan baiki atau tukar kepada peralatan lain.

No-12
Ketika membetulkan sesuatu kerosakan elektrik, jangan berpegang kepada sumber pembumian atau punca bumi. Jika berlaku renjatan, badan akan menjadi sebahagian dari pengalir elektrik

No-13
Discas kapasitor sebelum meneruskan kerja dengannya kerana kapasitor menyimpan cas elektrik.

No-14
Jangan sentuh atau usik litar kawalan pengguna lain melainkan anda diarah untuk berbuat demikian

No-15
Labelkan semua konduktor elektrik supaya semua orang boleh membacanya dengan jelas

No-16
Jangan mengendalikan peralatan elektrik apabila anggota anda sedang basah atau berpeluh

No-17
Gunakan belakang jari untuk menyentuh sesuatu yang kita tidak pasti. Jika berlaku sesuatu, jari anda akan bertindak balas dengan cepat.

No-18
Jangan simpan sebarang cecair mudah terbakar berhampiran radas elektrik

No-19
Untuk kerja senggaraan (MSB), pastikan gunakan padlock supaya tiada sesiapa boleh mengakses tempat berkenaan secara tidak sengaja.

No-20
Jangan biarkan litar hidup tanpa pengawasan orang kompetan

No-21
Jangan memakai pakai yang longgar atau selekeh. Berkerja lah sebagai seorang juruelektrik yang berdisiplin.

Papan Suis Utama Voltan Rendah

AM
Keadaan bilik suis yang besar dan bersih


Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula- mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).

JENIS
Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:
a. Jenis melekat di dinding (wall mounted)
b. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
c. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)

Panduan MS IEC 60364 Pemasangan Elektrik Bangunan


Setelah 3 tahun dalam draf dan selepas 2 tahun diwartakan, pengumuman awam oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dilihat dalam satu surat pekeliling bertarikh Julai 2008.

MS 1979:2007 : Pemasangan Elektrik Bangunan – (Code of Practice) COP. 
MS 1936:2006 : Pemasangan Elektrik Bangunan - Panduan MS IEC 60364.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

COP05 - Semua kandang logam peralatan elektrik mesti disambungkan kepada pengalir perlindungan. Air, paip gas, bahagian logam struktur bangunan dan ducting sistem penyaman udara juga perlu dihubungkan dengan ikatan pembumian utama.

COP06 - Pengasingan dari litar rosak. Perlindungan menggunakan RCD , fius , pemutus litar dan lain-lain mesti mematuhi Ra x la < 50V
Ra = Rintangan elektrod bumi & konduktor perlindungan;

Ia = Arus semasa pengendalian peranti perlindungan ( sensitivy RCD dan perjalanan semasa 5s untuk inverse time relay ).

50V voltan kendalian selamat ditakrifkan oleh IEC60749 -1.

COP07 - Rintangan pembumian mesti kurang daripada 10Ω untuk operasi RCD tetapi rintangan kurang daripada 1Ω adalah lebih baik.

COP08 - Peralatan elektrik hendaklah dipasang dalam bahan-bahan yang boleh menahan suhu yang dihasilkan (oleh peralatan).

COP10 - Pemanas air atau pemanas udara paksa atau penjana wap perlu dilengkapi dengan lebih daripada alat-alat pemanasan dan pepotong (cut out).

COP12 - In> Ib

COP13 - Iz > In

COP14 - I2 < 1.45 x Iz

In = arus nominal; 
Ib = reka bentuk semasa (beban)
Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel; 
I2 = arus peranti perlindungan yang sesuai.