Monday, December 23, 2013

Sistem Pembumian(elektrik) di Malaysia

PENGENALAN
Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman Carl August Steinheil telah menemui bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi.

Pada 1928 Philip F. Labre seorang pelajar di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini.

Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab. 
1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan harta benda. Pada awalnya perlindungan ini menggunakan element fius tapi kini pemutus litar yang lebih moden digunakan. Pemutus litar akan terpelantik sekiranya mengesan sebarang kebocoran elektrik di dalam litar.

2- Sebagaimana yang kita tahu, bekalan elektrik memerlukan pengali LIVE dan NEUTRAL untuk melengkapkan litar elektrik. Jika pengalir neutral dibumikan, ia telah menjimatkan sehingga 50% kos  laluan balik pengalir neutral untuk melengkapkan sesuatu litar. Bagi pendawaian DC ia dipanggil grounding pada terminal negatif sumber bekalan. 


BAHAGIAN YANG PERLU DIBUMIKAN
Secara amnya pembumian melibatkan dua bahagian iaitu:
1- Pembumian sistem
Tujuannya ialah untuk mengasingkan sistem yang rosak supaya ia tidak memberi kesan kepada pepasangan dan manusia

2- Pembumian peralatan
Tujuan pembumian kepada peralatan ialah untuk keselamatan manusia jika berlaku kegagalan penebat untuk berfungsi. Ia akan memberi laluan yang berintangan rendah untuk elektrik ke bumi. Dengan syarat rintangan yang dibuat hendaklah lebih rendah dari rintangan badan manusia.

JENIS PEMBUMIAN
Mengikut piawaian MSIEC, sistem pembumian antarabangsa terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu menggunakan kod 2 huruf iaitu TN, TT dan IT.

Maksud huruf PERTAMA
T- Satu atau lebih punca pengalir dibumikan

I- Tiada punca bekalan pengguna dibumikan



Maksud huruf KEDUA
T- Semua logam yang terdedah disambung kepada jisim umum bumi

N- Semua logam yang terdedah disambung kepada jisim bumi bekalan pengguna



Maksud huruf KETIGA dan KEEMPAT
S- Pengasingan pengalir neutral dan bumi

C- Pengalir neutral dan bumi dicantumkan.

Cara sambungan unit pengguna yang menggunakan 2 unit RCD


SISTEM TT
Malaysia menggunakan sistem TT dimana pengalir fasa dan neutral diambil dari pihak pembekal TNB manakala pihak pengguna mempunyai pengalir buminya sendiri. Pihak pengguna juga perlu memasang pemutus litar (RCD) sendiri. Bacaan nilai galangan bumi (Z) hendaklah di bawah 10 Ohm.



SISTEM IT
Sistem ini mempunyai banyak persamaan dengan sistem TT tetapi ia diamalkan untuk sistem penghantaran dan voltan tinggi sahaja. Sistem IT tidak memerlukan pengalir bumi tetapi semua bahagian logam pengalir terdedah dibumikan dengan berkesan.


MENGELAK KEBOCORAN ARUS
Oleh kerana bahaya elektrik boleh memudaratkan nyawa dan harta benda maka ia perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah:

a- Semua bahagaian pengalir terdedah dan badan berlogam dibumikan

b- Pengalir yang digunakan hendaklah bertebat dua lapis

c- Mengasingkan bahagian logam agar tidak bersentuh dengan pengalir yang membawa arus.


PENGECUALIAN PEMBUMIAN
a- Klip logam untuk memasang kabel

b- Penutup logam bahagian lampu

c- Rantai untuk menggantung lampu

d- Peralatan lampu antik

e- bahagian logam kecil seperti skru, paku dan plat nama logam


ISTILAH PEMBUMIAN
Cara sambungan pengalir bumi


a- Pengalir bumi
Antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi

b- Pengalir Ikatan
Sambungan bumi kepada peralatan bukan elektrik

c- Rintangan bumi
Rintangan bumi tempat elektrod ditanam

d- Impedan litar rosak ke bumi
Jumlah rintangan yang dilalui oleh aru bocor ke bumi dari punca hidup bekalan ke elektrod bumi

e- Kawsan rintangan bumi
Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada dalam kawalannya (minima 6m)

f- Rintangan gelung bumi
Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula dari punca akhir pengalir perlindungan bumi hingga ke elektrod

g- Punca bumi pengguna
Punca tempat penyambungan semua pengalir pelindung

h- Kawasan rintangan bumi bertindih
Kawasan penanaman elektrod bumi kedua yang berada dalam lingkaran 6 meter dari elektrod bumi pertama


PENGALIR PELINDUNG
Juga dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Saiznya ditentukan melalui jadual 54F. Bahagian logam pendawaian seperti kondiut, trunking dan tray tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya pengalir bumi tetapi hendaklah disambung dengan pengalir bumi. Antara keperluan pengalir pelindung ialah:
a- Jika pengalir kurang dari 6mm, ia hendaklah bertebat dan disambung ketat.

b- Pengalir pelindung tidak bertebat hendaklah dilindungi dari hakisan dan tindakbalas kimia.

c- Setiap sambungan hendaklah mematuhi kekuatan mekanikal dan elektrikal

d- Kondiut mudah lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir pelindung

e- Rintangan pengalir pelindung jenis kuprum atau aluminium tidak lebih dari 1 Ohm
Jadual untuk menentukan saiz pengalir pelindung

ELEKTROD BUMI
Untuk menyambungkan elektrik dengan bumi, sejenis bahan hendaklah digunakan iaitu berupa logam samada berbentuk rod atau plate. Ia juga dikenali sebagai elektrod bumi

a- Paip galvani dengan 2-3 meter panjang dan berdiameter 40mm

b- Paip kuprum dengan 2-3 meter panjang dan berdiameter 20mm

c- Rod kuprum dengan 2-3 meter panjang dan berdiameter 16mm

d- Jalur kuprum (cooper tape) dengan saiz 3cm lebar x 0.4cm x 100m panjang


Paip galvani dan Rod kuprum adalah paling banyak digunakan kerana nilai-nilai berikut:

a- Sifat pengaliran yang tinggi

b- Nilai rintangan yang rendah

c- Tidak mudah berkarat

d- Kos yang rendah

e- Kedalaman elektrod yang ditanam lebih baik dari permukaan yang luar luas tetapi dipermukaan

Keberkesanan elektrod bumi juga bergantung kepada jenis tanah samada berpasir, berkapur atau tanah liat. Keadaan tanah yang lembab adalah lebih baik. Rintangan yang tinggi akan mempengaruhi keberkesanan RCD.


FIUS SEBAGAI PELINDUNG LITAR
Fius digunakan sekian lama sebagai pelindung litar elektrik sehinggalah pemutus litar (circuit breaker) dicipta. Ia kurang cekap berbanding pemutus litar dan kerap disalah dawai dengan nilai yang salah. Untuk terus menggunakan fius sebagai pelindung litar, disiplin yang tinggi diperlukan ketika senggaraan dibuat.


Fius boleh berfungsi dengan formula berikut:

Contoh :
Suatu litar akhir gelang menggunakan kabel berpenebat pvk dan bersalut kuprum serta dilindungi oleh 30A fius yang boleh didawaikan iaitu BS 3036. Voltan bekalan ialah 240V. Tentukan saiz minimum pengalir perlindungan litar sekiranya masa kendalian ialah 0.4 saat. Tentukan masa galangan maksimum (Zs) di jadual 41A1, Zs bagi fius BS 3036 ialah 1.1 ohm.



ELCB KENDALIAN ARUS (RCD)
Pemutus litar hendaklah berfungsi memutuskan bekalan dalam masa 0.04 saat (40 milisaat) bila berlaku arus bocor sebanyak 100mA atau maksimun 250mA. Alat ini akan memutuskan litar sebelum nilai voltan yang bocor mencapai nilai 50V maksimun yang juga dikenali sebagai voltan selamat.
Keputusan ujian RCD


I x Zs < 50 volt

I ialah sensitiviti RCD iaitu 10mA, 30 mA, 100mA dan 300mA

Sebagai contoh, nilai kepekaan RCD bagi rumah kediaman ialah 100mA maka

Zs = 50v/0.1A (100mA)
     = 500 Ohm

Nilai impedance (Z) 500 Ohm bagi galangan elektrod bumi adalah nilai maksimun bagi kepekaan RCD 100mA. Jadi pastikan nilai RCD sebelum ujian elektrod bumi dilakukan. Ini bermakna semakin tinggi nilai kepekaan RCD maka semakin rendah galangan elektrod bumi diperlukan.
Cara pengujian RCD


RCD akan bertindak bila mengesan ketidak seimbangan dalam litar


UNDER CONTRUCTION

40 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sy nak tahu kenape tiada bacaan jika kebel prob pada elektrod bumi tidak tersambung..??dan kenapa tiada bacaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bacaan kerana penyambungan tidak mengikut cara yang betul. Utk mendapat bacaan sila ikut arahan pada manual meter atau berpandukan pada nota yang betul. harap membantu

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Mengapakah voltan perlu diuji terlebih dahulu sebelum pengujian elektrod bumi dilakukan

      Delete
    4. Terdapat kemungkinan kawasan ujian terdapat sesuatu yg membawa voltan spt kabel bawah tanah TNB atau kabel TM merentanginya. Walaupun ianya hanya aruhan kecil tapi akan mempengaruhi nilai bacaan ujian yang dibuat

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. apakah kesan terhadap pepasangan elektrik jika elektrod ditanam dikawasan rintangan bumi bertindih..tq

    ReplyDelete
  6. Bacaan yg diperolehi semasa ujian elektrod bumi tidak tepat

    ReplyDelete
  7. nk tanya kalau bg supply kt lampu Phase dan Earth hidup x lampu tu..maksud sy Neutral diganti dgn Earth..maaf sekadar bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu Boleh Hidup TAPI: Hanya utk tujuan ujian atau kaji sb penggunaannya secara kekal menyalahi peraturan negara. Pengalir earth itu juga tidak boleh terdedah dan hendaklah ketat

      Delete
  8. Nak tanya adakah sama maksud ujian pembumian dengan ujian sistem elektrod bumi?

    ReplyDelete
  9. Sama selagi perbincangan kita masih dalam konteks elektrik

    ReplyDelete
  10. Maksud dibumikan dengan berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem pembumian yang telah diuji dan akan berfungsi dengan baik

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Seperti penggunaan kabin kontena sebagai ofis atau tempat makan, adakah pembumian boleh dipasang pada struktur cabin tersebut? Seperti di bahagian dinding dan bumbung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kabin itu sendiri perlu dibumikan dgn berkesan

      Delete
  13. contoh saya tanam 1 cooper rod dan berapa jauh kah ianya dilindungi jika disambar petir.

    ReplyDelete
  14. Kita kena faham bahawa elektrod bumi bukannya melindungi pepasangan dari disambar petir tapi ia adalah medium sahaja utk hubungkan antara pengalir dengan bumi. Jika pepasangan disambar petir tugas pengalir bumi, elektrod adalalah sebagai 'jalan' utk cas elektrik melaluinya

    ReplyDelete
  15. Microwave perlu dibumikan atau tidak?

    ReplyDelete
  16. Kenape Earth harus dibumikan?

    ReplyDelete
  17. Brape saiz kable yg sesuai utk main earthing klau utk rumah2 biasa single phase

    ReplyDelete
  18. Adakah jika sering berlaku tripp pada elcb walaupun guruh tanpa petir bermakna pembumian tidak berfungsi dengan baik?

    ReplyDelete
  19. apakah kesan jika rintangan bumi tiggi

    ReplyDelete
  20. Mau tahu perlukah dilakukan pembumian pada alatan yg menggunakan arus DC

    ReplyDelete
  21. sangat berkesan dengan nota tersebut

    ReplyDelete
  22. Bgaimana caranya Klau bacaan eart kita tinggi. Apa langkah nk dptkn bacaan erat bwah drpd 10 om

    ReplyDelete
  23. Salam maaf bertanya.. knp perlu tamatan neutral pada tiang tnb perlu di bumi kan? Klu di bumi kn smua tiang2 ada nuetral bkn nnti akn berlaku ketdk seimbangan pd current return pada point neutral str di transformers step down? Tp dekat point star transformers pun dlm drawing ada menunjukn ia dibumi kn cuma saya blom pernah melihat di dpn ... klu ada boleh tunjukn

    ReplyDelete
  24. Berapa dalam kalau kita tanam wayar bumi?

    ReplyDelete
  25. brapa bacaan voltage yg dibenarkan bagi neutral dengan earth

    ReplyDelete
  26. KEBIASAAN SISTEM TNCS DIGUNAKAN DI MANA DAN APAKAH KEBAIKAN SISTEM TNCS TU

    ReplyDelete
  27. Saya tinggal rumah flat, plet bumi dan dipotong dan dicuri (tembaga) oleh hamba Allah.. saya tinggal di tingkat 5.. soalannya, macam mana nak buat pembumian kalau pihak flat tak nak bertanggung jawab?

    ReplyDelete