Thursday, May 19, 2016

KELAS PENEBATAN BAGI PENGALIR ELEKTRIK

Kelas-kelas penebatan elektrik ini telah digariskan oleh NEMA (National Electrical Manufacturers Association) samada untuk kegunaan pendawaian, alatubah atau motor elektrik adalah seperti berikut.
 
PENEBATAN KELAS C adalah merujuk kepada tahap suhu melebihi 180°C
Kelas A >105 – 120°C
Digunakan untuk bahan-bahan organik seperti kapas, sutera, kertas, dan beberapa serat sintetik.

Kelas B >130 – 155°C
Digunakan pada bahan-bahan bukan organik seperti mika, gentian kaca, asbestos, dengan pengikat suhu tinggi, atau lain-lain dengan jangka hayat yang boleh digunakan pada suhu ini.

Kelas F >155 – 180°C
Boleh digunakan pada bahan-bahan dengan pengikat stabil pada suhu yang lebih tinggi, atau bahan-bahan lain dengan jangka hayat yang boleh digunakan pada suhu ini.

Kelas N >200 – 220°C
Masih dari katogeri B(130) Termasuk teflon

Kelas H >180 - 200°C
Elastomer Silikon, dan Kelas 130 bahan-bahan bukan organik dengan pengikat suhu tinggi, atau bahan-bahan lain dengan jangka hayat yang boleh digunakan pada suhu ini

Kelas Y >90 - 105°C
Digunakan pada kertas unimpregnated, sutera, kapas, getah asli tervulkan, pvc, pck, termoplastik yang lembut

Kelas E >120 - 130°C
Digunakan pada Polyurethane, epoxy resins, polyethylene terephthalate, dan bahan-bahan yang jangkahayat yang amat panjang.


Kelas C adalah merujuk kepada melebihi 180°C bagi mana-mana kelas di atas. Kelas ini banyak dipamerkan pada plat nama motor elektrik.

Wednesday, December 30, 2015

Menambah subtitle video di youtube

Umumnya tidak asing lagi dengan youtube. Satu tempat terkumpulnya jutaan video yang boleh ditonton secara percuma. Masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris ialah tidak faham apa yang diperkatakan.

Jika diperhatikan bila video berkenaan memaparkan simbol CC maka terdapat auto generate translater [ada video berkenaan. Maka kita boleh memilih bahasa yang difahami. Biasanya translater ini hanya terdapat pada video berbentuk dokumentari dan tidak pada video filem.

Lambang CC yang terdapat pada bahagian bawah, kanan video youtube


Hanya subtitle dari English > Malay atau Indonesia sahaja yang sesuai ditukar

Tuesday, August 25, 2015

Sejarah GoldSmith



Pada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).

Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.

Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.

Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.

Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.

Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya. Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).

Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.

Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, Ia hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya. Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.

Monday, July 20, 2015

Menjana tenaga elektrik melalui saluran paip air

Jika dirujuk data dari Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air rakyat Malaysia adalah pengguna air paling banyak di Asia. Kenapa kita tidak gunakan sumber ini ke tahap maksimun?
Keratan akhbar

Sunday, July 12, 2015

5- Nabi Saleh a.s (180 tahun)

Pict credit by britannica.com

Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian lelaki dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi- lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)

Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Dakwah Nabi Saleh cukup menggoncangkan masyarakat. Nabi Saleh terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah SWT mengutusnya dan memberikan wahyu padanya untuk berdakwah kepada mereka. Kaum Nabi Saleh berkata:

"Hai Saleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? Dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang mengelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami. " (QS. Hud: 62)

Renungkanlah bagaimana pandangan orang-orang kafir dari kaum Nabi Saleh: "Sesungguhnya engkau sangat kami harapkan kerana keluasan ilmumu, kematangan akalmu, kejujuranmu dan kebaikanmu. Kemudian hilanglah harapan kami terhadapmu. Apakah engkau akan melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami. Alangkah celakanya! Kami tidak berharap engkau mencela tuhan-tuhan kami yang kami mendapati orang tua-orang tua kami menyembahnya."



Sunday, July 5, 2015

Kipas siling remote tidak berpusing



Ramai orang bertanye pasal kipas remote sejak tempohari post pasal tukar kapasitor kipas..ambe share skit lah..
>> Masalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.

Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.
Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.
Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencoba
Kredit: TKO.
lain-lain info tentang kipas siling boleh rujuk DI SINI

Tuesday, May 5, 2015

Ujian Rintangan Elektrod Bumi

PENGENALAN
Mengikut peraturan pepasangan elektrik, setiap pepasangan baru perlu diuji bagi mempastikan ia selamat dan boleh digunakan tanpa bahaya kepada pengguna, harta benda dan orang lain. Antara ujian yang perlu dibuat ialah ujian rintangan elektrod bumi.

Ujian ini dibuat untuk mengukur galangan antara bumi dan elektrod yang ditanam. Galangan yang serendah mungkin (0) adalah paling baik manakala yang tertinggi mengikut nilai kepekaan pemutus litar yang digunakan.

Sebagai contoh:
RCD 40A, dengan kepekaan 100mA digunakan dalam sesuatu pepasangan.

I x Zs < 50 volt

I ialah sensitiviti RCD iaitu 10mA, 30 mA, 100mA dan 300mA

Nilai kepekaan RCD bagi rumah kediaman biasa ialah 100mA maka

Zs = 50v/0.1A (100mA)
     = 500 Ohm adalah nilai maksima untuk galangan elektrod bumi yang membolehkan RCD terpelantik.

Nilai yang paling baik ialah yang paling rendah iaitu 0 ohm

TUJUAN

ALAT UJI

TATACARA

KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN


...bersambung